Saturday 31 December 2011

UntukNYA..

Ku terima seadanya..
Itulah yang mampu kuungkapkan sekali lagi..
“kamu beharap bukan tawakal”..
Sungguh memberi makna kata-kata ini..
Iya diri yang lemah ini  mengakuinya…
Diri berharap tapi payah untuk tawakal dengan ujianMU..
Ya ALLAH kenapa diri ini..begitu payah menerima lukisan cerita diri ini..
Semakin hampir kepada situasi itu lagi..
Dan masa itu pasti terjadi...ya ALLAH sakit kurasa ketika ini..
Ya ALLAH tabahkanlah hati insan yang tengah diuji ketika ini..
Ya ALLAH berikanlah kesabaran yang tinggi..
Ku tau sakit yang dirasa pasti sakit lagi dirinya ketika ini..
YA ALLAH begitu berat ujian kami ini…
ketika hati akan kembali sunyi..
Ku harap hati insan yang diuji tidak sunyi dan layu untuk NYA…
Ku akui sangat-sangat berat untuk aku menerima kenyataan ketika ini..
Dan kupasti matahari terbit itu juga sepertiku..
ketahuilah diri tidak pernah menyalahkan matahari terbit...
Andai bisa ku bertemumu…kusenyum dan tadahkan syukurku..
Andai bisa ku menyentuhmu..pasti air mata akan mengalir..
Andai waktu itu tiba..ya ALLAH berikan kekuatan…
Diri ini berharap tabahkan hati ini..
Ya ALLAH ku mohon berikanlah matahari terbit itu kekuatan..

Thursday 22 December 2011

DONE...

Alhamdulillah almost done..
Alhmdulillah selama seminggu tidur xmenentu..
Bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja-kerja.
Alhmdulillah yang mampu diucapkan..
Akhirnya semua kerja telah siap..
Syukur sangat-sangat…sekarang nie bolelah diri ini
Fokus untuk final imtihan..seminggu lagi imtihan akan bermula..
Diri ini berharap diberikan kesihatan yang sepenuhnya sepanjang
Imtihan yang akan bermula pada 31hb nie..
Sekarang nie nafas lega dari asgment and quiz…
Just fokus untuk imtihan pulak..rasa debaran imtihan semakin terasa..
Ya ALLAH ku harapkan segalanya hanya dariMU…
Harap kali ini diberi kekuatan dalam menempuhinya..
To: eunica, ryn, lieq, sarah, tasya, kak izan, commok, sepet , cio kakak manis and coursemate
Selamat menempuhi imtihan…
Kepada yang tak disebut nama dia kat sini GUD LUCK FOR FINAL IMTIHAN..

MA’A TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN..

Tuesday 20 December 2011

Tatkala hati berbicara lagi…

Alhamdulillah dan syukur kepada yg ESA..
Kesihatan diri semakin pulih..
Walaupun kadang-kala hati yang terasa sakit dan perlu dirawat dengan nasihat dan zikurllah....
Astagfirlullahalazim..napa dgn hati???..ya hati yang ketika ini
Gundah dan gulana yang terjadi ketika ini..
Ya ALLAH tenangkanlah hati hambamu ini….
Ketika ini hati berbicara seribu kata…
Ketika ini fikiran membayangkan pelbagai peristiwa..
Peristiwa bahagia diri ini..
Tak terasa pelbagai yang ku lalui tanpa hadirnya disisi..
Hadirnya dulu membuat diri ini terasa disayangi, dihargai dimanjakan..
Kata orang hidupku lengkap dengan hadirnya disisi..
Itulah mak..ratu hatiku sampai ke akhir hayat diri ini..
Sakit tangis tawa riang ria sedih marah mak la tempat diri ini meluahkan segalanya..
Setahun lebih pemergian mak…tanpa hadir disisiku untuk menemani perjuangan ilmu ini..
InsyaALLAH diri ini akan menunaikan impian mak…perjuangan dalam menuntut ilmu…
Ketika ini pula,
Hanya doa dan doa yang berterusan untuk mak..
Semakin hari semakin diri ini memahami erti kehidupan..
Semakin hari semakin diri ini memahami erti pengorbanan…
Semakin hari semakin diri ini memahami erti redha..
Semakin hari semakin diri ini memahami erti berserah kepadaNYA..
Dan ketika ini kehidupan diri ini hanya berserah dan berserah kepadaNYya..
kerana DIA tempat kita mengadu segalanya dan tempat kita berharap...
Itulah namanya tawakaltuALLAH..KETIKA INI DIRI BAHAGIA KERANA DIA ADA UNTUK DIRI INI..
Kadang kala diri tak menyangka akan sekuat ini dengan ujian yang lalu..
Itulah kehidupan dan itulah ujian yang diberikan..
Setiap perkara pasti ada hikmah yang tersembunyi…





Saturday 17 December 2011

setegas itu....

Hati ketika ini teruji lagi..
Yang diri angggap ini adalah yang terbaik..
Agar smuanya sentiasa baik dan bahagia…
Namun, di sudut lain ini adalah salah dan membuat sedih dan kecewa.
Ya ALLAH hati ini hanya inginkan kebaikan untuk nya..
Bukan degil dan keras hati mengada diri ini lakukan..
Namun,…
Percayalah bukan ini diri inginkan..
Diri ini cukup menahan tentang hati dan keadaan diri..
Semua perkara ingin diluahkan namun cukup tebatas semuanya…
 cukup indah dan puitis kata yang diberikan..
Ku sambut dengan alhmdulillah dari jauh…
Walaupun hati ini terusik…seperti ingin menangis tak henti…
Terima kasih dengan ucapan yang membuat air mata mengalir lagi.
Diri ini juga sakit tanpa mengetahui keadaan matahari terbit itu..
Mungkin kuperlu diam untuk semua nie…
Agar tidak membuat orang lain itu sedih dan kecewa..
Ku sangkakan ini yang terbaik tapi tak menyangka kata ini
Yang ku terima..
Duhai hati jaga hatimu walau terjadi perkara yang menduga..
hanya doa tak putus diri ini lakukan...
kali ini hatinya cukup tegas untuk semuanya...
Andai diri tak dapat mengetahuinya lagi..
Ketahuilah hati tak pernah jauh untuk matahari terbit itu...



Friday 16 December 2011

Pagi jumaat..

Pagi jumaat yang cukup tenang…
Hanya desiran angin yang kadang-kala
Menyapa pokok yang berada d luar jendela ketika ini..
Aman tenang bebas…alhamdulillah…
Sungguh indah pagi ini..
Matahari mula menjalankan tugasnya..
Menyinari bumi ciptaanNYA..
Tatkala melihat  ke luar jendela..
Terasa diri yang tengah ditiup hembusan pagi…
SubhanaALLAH indah sungguh  ciptaanNYA…


Ketika ini terasa diri cukup kerdil di banding segalanya..
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH tak terasa diri kini di penghujung lagi..
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH terlalu banyak yang ku lalui…
Dan ketika ini jugalah..ya ALLAH berikan diri kekuatan…..
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH mengharap insan tersayang disamping…
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH seperti diri ini tak mampu berdiri…
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH hati merindukan insan yang telah pergi…
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH ku ingin merasakan pelukan dirinya..

Semua itu ada jawapannya….
Sandarkan semuanya padaNYA…pasti akan terbaik untuk diri..
“letakkan hatimu kepadaNYA pasti DIA  akan meletakkan hatimu dengan sebaik-baiknya Dan hamparkan segalanya kepadanya pasti DIA akan mengaturkan hidupmu dengan sebaiknya kerana DIA mengetahui itulah yang terbaik untuk diri”
Jangan pernah merasakan putus asa..walaupun diri ini yakin hamba ALLAH yang ada di muka bumi ini pasti akan merasakan saat berputus asa, tetapi dengan cara yang berbeza dan mengemudinya dengan cara yang berbeza.

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87).
Dan perlulah di ingat…
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) oleh itu janganlah kita menyatakan kenapa ujian ini terlalu berat. Semua yang terjadi pasti ada jawapannya…





Wednesday 14 December 2011

Imtihan..

              Alhmdulillah dan syukur ku panjatkan kepada ya ILAHI…pengajian ku di tahun ke-2 hampir kepada penamat lagi. Alhamdulillah syukur. Tidak terasa kini ku diakhir semester yang hanya berbekalkan hari untuk prepare for final imtihan. Terasa masa itu berlalu dengan begitu cepat dan masa cukup mencemburui tiap waktu dan ketika. Namun, masa itu perlulah diluangkan dan diisi dengan amal kebaikan senantiasa agar diri kita tidak lari dari landasanNYA..InsyaALLAH…

        Allah berfirman dalam Surah al-Asr, "Demi Masa. Sesungguhnya manusia  itu dalam kerugian.Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh.  Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar”. Dengan surah ini dengan terangnya ALLAH menekankan betapa pentingnya masa itu. Oleh itu hargailah masa itu dengan sebaiknya. Hanya yang sebaik-baik umat itu mengetahui masa itu sangat mencemburui dan sangat pantas berlalu.


                Imtihan..ia adalah satu masa. Terasa ingin kuulang semula masa yang lalu untuk semester ini terlalu banyak yang kurasakan diri ini lalai dan leka dengan duniawi. Ya ALLAH kembalikan hati-hati ini menuju MU ya ILAHI  seperti yang dulu agar senantiasa tenang dan sabar. Namun itulah masa, masa tidak akan dapat diulang semula seperti mesin masa dalam kartun doraemon, malah masa tidak akan menunggu kita tetapi kitalah yang akan mengejar masa itu.  Wahai imitihan only 2week hambamu ini akan menemui. Imtihan kali ini sungguh menguji dan sungguh menguji diri ini.

                Imtihan adalah penting untuk kehidupan as a student right?? Yup its important for student.  Bukan sekadar melihat kefahaman dan kemampuan kita dalam menguasai subjek tersebut dan hanya akan terhenti setelah dakwat terakhir dalam kertas jawapan yang akan dihantar kepada lecture but its important for real life in out side during waiting in real industries.



                Teringat dengan kata-kata DR. Norhasni hri ni semasa dalam bilik kuliah “ saya ajar awak dalam kelas nie saya tak nak student saya think to final only tetapi sya nak student saya sentiasa peka dengan apa yang  sya kongsikan pengalaman saya about real industry now and I hope my student in this clas can application in this subject when you get job after this. I know my student in class not  engineer pio but I want my student have a basic and knowledge for indutries engineer after takes this subject”.

                Betul apa yang DR Norhasni katakan,. Oleh itu, don’t prepare for final imtihan only but prepare for real industries after  this. Like this word. Imtihan kali ini cukup mencabar sebab jadual imtihan huhhhh tidak diduga akan seperti itu. Inilah cabaran ku untuk imtihan kali ini. Mengharap akan melakukan yang terbaik untuk imtihan kali ini dan lebih terbaik dari yang sebelumnya  insyALLAH amin. Sekarang ini kena usaha dan doa untuk menghadapi imtihan yang akan menemui ku tak lama lagi andai diri ini masih diberikan peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri dan meminta ampunan disetiap sujud ku ini. Mengingat mati itu adalah wajib bagi setiap hambaNYA.

           Dengan itu, andai hari esok kita diberikan nafas lagi untuk melihat dunia ini itu bermakna ALLAH masih memberi  kita peluang untuk sentiasa meminta ampun kepadaNYA dan sentiasa memperbaiki diri untuk mengadapNYA...to my frends gud luck for final exam.(^__^)..MAN JADDA WA JADDA..




Tuesday 13 December 2011

TAKDIR....

Takdir …itulah yang selalu akan disebutkan oleh setiap hamba di muka bumi ini untuk menyedapkan hati… bermonolog dalaman atau luaran “ia ini takdir yang telah tertulis tempuhi saja apa perlu melawan yang telah disediakan untuk kita itu sama jugak tidak mengakui kekuasaanNYA”..kadang-kadang ada yang berkata “apalah takdirku ini selalu kurang bernasib baik napala begini apalah dosaku yang lalu”..pelbagai kata dan bicara akan terungkap dibbr setiap hamba..

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”…dan janganlah pula ALLAH  serahkan diri ini kepada orang lain pasti diri ini akan disia-siakan..

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.


Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?


Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!..ALLAH ALWAYS BESIDE U..BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR KITA..(^_^)..


Thursday 8 December 2011

mendiamkan diri....

assalamualaikum my reader..
aq harap korang dlm keadaan yang sihat selalu
dan sentiasa berada dlm lindungNYA..
selamat pagi dunia yang indah ini...
alhmdulillah ALLAH msih mmberi kita peluang utk
bernafas di muka bumi ini..
dan masih memberi kita peluang utk meminta 
keampunan drNYA..
1week empunya bloq akn mdiamkn diri
bkan xnak dah bkongsi cerita dah ngn korang,,,
p kena lakukan pelbagai aturan 
yg telah dirncgkn oleh yg maha ESA..
myebabkan aq mendiamkn diri seketika..
mesti aq rindu korang nnti...
terutamanya MATAHARI TERBIT..
sebb aq sntiasa ingat matahari terbit itu setiap
saat n ketika..
walau terpisah jauh matahari terbit sntiasa aq ingati..
aq pcya matahari terbit punyai 
kekuatan dan perasaan yang sama sprti ku...
ada mksd tersirat di situ..
hehehe

3hr nie plak aq ada
lawatan industri kat pahang kat kilang mercedez..
bila balik dr pahang
 aq kena siapkn asgmnt yg kena submit tak lama lg...
pas tu aq nak p pndftrn nak uruskn sesuatu 
yg ckup pentg dlm hdup.
pas tu byk lagi la..hehhe
nie je yg aq leh gtau...

MOGA KITA SENTIASA BERADA DI JALANNYA.
SENTIASA INGAT KEPADA YANG MAHA ESA.
INSYALLAH ALLAH AKAN SENTIASA MENGINGATI 
KITA DAN AKAN MEMBANTU KITA..
DIAMKAN DIRI UNTUK SEKETIKA..
(^_____^)






Tuesday 6 December 2011

munajat seorang hamba...

ya ALLAH ya TUHAN ku,,
ujian ini sungguh berat yang engkau berikan..
sehinggakan aq tak mampu menahan air mata ini
mengalir dipipi secara lembut menyentuh pipi..

 ya ALLAH ya TUHAN ku...
berikanlah aq jalan yang sebaiknya...
berikanlah aq jawapan terhadap dugaan ini..
berikanlah aq kekuatan untuk hadapinya..

ya ALLAH ya TUHAN ku..
lemah lutut hambamu ini berdiri
dihadapan mu tangisan ku yang 
lemah dan hina menghadap MU.
ku bersimpuh dihadapan MU dengan tangisan 
hamba mu yang lemah dan tak bermaya ini.
mengharap hanya dariMU ya ILAHI..

ya ALLAH ya TUHAN ku..
bukan tidak redha dengan ujian yang engkau 
berikan tapi hendak mengadu padaMU ya ILAHI..
tempat hamba kembali di sana nanti..
ku mohon segala pertolonganMU ya ILAHI..
ku mohon hanya dariMU..
ku yakin ENGKAU mnedengar segala rintihan hati ini...

ya ALLAH ya TUHAN ku..
kuatkanlah hati hambamu ini dalam menyusuri hidup 
yang hambamu sendiri tak pasti pengakhirannya.
pengakhirannya hanya ENGKAU ya ILAHI 
maha mengetahuinya..
ku bersimpuh dihadapanMU ya ILAHI
hanya dengan MU ku berharap dan terus berharap 
tiada dua hanya ENGKAU ya ILAHI...

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL..
(cukuplah ALLAH penolong kami & DIALAH sebaik-baik pelindung)

ketika ini ku tak mampu
menghadapi ujianMU..
ku berharap semua akan bertahan..
ku tau ya ILAHI ENGKAU takkan memberikan
ujian kepada hambamu sekiranya hambamu ini tak dapat 
menerima ujian MU..
ujian ini ckup menduga banyak hati ya ILAHI...
ku tak ingin berada dalam perasaan putus asa itu..
aq inginkan yang terbaik untuknya ya ILAHI..
dugaan ini sungguh menguji dua jasad
yang tak mampu melakukan apa yang diimpikan..

Sunday 4 December 2011

sentap....

assalamualaikum my reader..
hrp korag smua berada dalam lindunganNYA..
mlm nie rasa nak laungkn masa ngn bloq aq mlm nie..
ml nie nak crta sikit..hihi..
aq pergi klas mcm besa p 2klas hr nie xda..
aq g yg kul11..
dlm aq berjalan mnuju ke kelas..
aq trpndg sesuatu yg mgingat aq ngn satu peristiwa..
dan terasa sentap..
lama aq memerhatikan..
aq tertanya bila peritiwa nie berlaku.??
peristiwa nie pernah berlaku sebelum ni??
p kat mna??aq ngn sapa time tu??
semua pertanyaan ada kat kepala aq time tu..

aq teringat org yg telah mmberi 
harapan pda diri ini.
siapakah dia???..
hanya aq dan yang maha ESA yg mngetahui..
hati tersentuh bila melihat situasi td..
sampai skrg aq teringat ngn keadaan td tu..
cukup menyentuh hati dan 
mengingat satu perkara..

ya ALLAH begitu besar dugaan 
yang engkau berikan pada hambaMU ini..
pimpinlah hati ini agar sentiasa redha ngn segala
ujian dan dugaan yang silih berganti yang
Engkau berikan pada hambamu yang lemah ini..
kuhamparkan segalaNYA padamu..
ku yakin ini adalah ujian yang terbaik
untuk hamba mu yg lemah seperti diri ini..
ya ALLAH kuatkanlah hati ini agar sentiasa berada dijalanMU..


futsal....

futsal!!!!!!..
makk aiiii,..terkejut aq bila rumate aq 
suh aq join futsal g..
huhuhuh...
lama dah aq xmen futsal..enth pndai g ka aq tendang 
bola nie...
rumate suh aq join utk ptdgn sem dpan..
teringt kengn smstr yg lepas2..
aq n the geng aktff gak sukan2 nie..
2 sukan nie aq pegang dulu,,
futsal n bola baling..
aq sndri mcm xcaya bole plak aq men 
sukan nie..
smnjak dah sem4n5 smua tu dtgalkn dah..
nak bg peluang ngn junior2..
haahha..bg peluang la sgt..
rsanya bdan xle nak gerak lbih nie..
ehheheh xfit dah nak bsukan..
dulu kinla aq slalu bsukn skng nie asyik mghdap buku n buku..
bgun pgi buku,tdo pun buku..
hahahh...

teringt ngn trainer aq dlu semua senior2 
pas tu lthn tgh2 mlm buta..fuhh penat sgt..
p seronokla enjoy ngn lthn wlpun penat..
tiap ptg lthn,,,balik klas sibuk siapkn diri'
tuk g court futsal..
1st tu mang kekok coz lthn ngn dak lelaki...
huhuh..
mcm aq nak balik je time lthn ada dak lelaki malu aq..
huhuh...nasibla dak laki sporting..
lau bola baling plak aq hmpir patah..
time prtdgn tu aq kena guard kat kaki 
mang mcm nak patah kaki aq...
smpi aq trbarg dah kat pdg..
lebam, smggu aq pyh nak jln ngn btul..
2hr dah kejadian tu bru bg tau ngn org umah..
apa lgi kena mara la.kena cuci abeh2 aq oleh
arwah mak..nakal gak aq nie,,
hhihihi..
ganas gak aq nie kan upanya..
ganaslah sgt...

berdiri tu semua senior..

semasa pertandingan..

sbnrnya byk g gambr..
yg futsal aq xtau dah letak kat folder mna..
aq jumpa gbr bola baling ja..
hehehe...
rindu ngn akak2 senior..akak senior smua dah grade..
ada yg keja dah n ada yg nak kawin dah..
waa congrats utk akak2 senior..
 insyaALLAH sue plak yg akn myusul kealam pkrjaan..
insyaALLAH..
p utk myusul ke alam rumah tangga
hnya ALLAH mngetahui coz adeq akak nie
tgh menunggu dia yang nun jauh di sana,....
waa smpat g bermadah kasih lgi....
hahaha..
futsal n bola baling mengukir kenangan...
always in my mind..

Friday 2 December 2011

kembali tersenyum...

Alhmdulillah itula yg mampu terungkap 
di bibir dan di hati hambamu ini YA ALLAH  hari ini....
sangat takut akan sebelum2 nie..
terlalu banyak yg kufikirkn di benak hati hambamu ini...
DIAM TANPA KATA..
ya,..aq tau keadaan sebenarnya..
p hati cukup takut ngn apa yg difiikirkan..


Tiap hari mencuba menenangkn hati bersama ya ILAHI..
agar hati sentiasa tenang..
cukup besar kuasa yang engkau ada ya ILAHI...
mampu menenangkan fikiran ketika fikiran resah 
dan gelisah hal duniawi
kembali berfikir kepada akhiratmu ya ALLAH..
mampu menenangkan hati yang sedang sedih

kembali kepada keadaan yang ckup menenangkan..


Kembali tersenyum..
itulah yg mampu terungkap saat ini..
walaupun ada sedikit resah di hati dan timbul 
rasa sedih..
p perasaan dan hati kini kembali tersenyum..
seminggu tanpa kata....huhhh amat payah tanpa kata..
p aq harap senyum ku ini akan sentiasa terukir walaupun ianya 
xsemanis madu...hihi..KEMBALI SENYUM..
macam lagu izwan pilus plak kembali senyum..

tahukah kamu apa yang kupinta..
di setiap doa sepanjang hariku..
Tuhan tolong aq..tolong jaga dia...

doa ini tidak pernah hilang dari hati dan setiap kali aq menghadap
 padaMU  ya ILAHI..
dan berharap semua akan berjalan dengan penuh makna
dan sempat untuk semuanya...


KEMBALI TERSENYUM...(^__^)






format...

alhmdulillah akhirnya....
lappy aq dah siap kena format..
lappy aq dah kena virus..
xdpt nak menampung..huhu
akhirnya aq wat kptsn aq format jak la jwabnya utk
permudahkan segala kerja aq..
2hr tanpa laptop...
nasibla ada rumate..ma kasi sgt2 ngn rumate qu...
dlm 2hr tu la aq kena pnjam lappy rumate lau nak on9....
maf rumate mnyusahkn rumate..
sangat-sangat berpuas hati ngn laptop dah kena format..
laju sangat2 xde mslh mcm air yg mengalir..heheh..
pas nie aq xla sush hati sgt2 nak buka lappy..
lau dulu maakk aiii bgitu payah..
syukur alhmdulillah..
lappy nie la slh stu aset yg trpntg dlm hdup..huhu
ada maksud trsirat di situ..
rsanya 2x dah aq format selama aq guna..
kata rumate aq, aq pndai jga lappy....
jarang sgt ada mslh, p skali ada mslh mang trus kena format..
terbaiklah rumate...
laptop aq nie yg murah je xmampu nak beli yg mahal2..
aslkn laptop nie dpt bkerjasama  ngn aq time aq perlukan..
tq lappy...
tq gak ngn abg din coz tepat pada masa yg di jnjikan 
laptop nie siap kena format...
xla aq menggu lama..