Alhamdulillah
syukur entry nie hanya ingin menceritakan tentang hidup seorang wanita yang
cukup tabah melawan penyakitnya…ya ALLAH sungguhh berat ujian yang
diberinya..aq mengenali wanita ini hanya melalui fb dan setelah itu membaca
kehidupannya sebelum dan setelah menghidap penyakit yang dialaminya
sekarang melalui bloq yang dia tulis..cukup menderita namun itulah dikatakan semangat untuk terus hidup
telah menguatkan dirinya..sungguh tabah wanita ini..kadang aku dan dia saling
mesej kat fb,,tapi kebelakangan nie akak nie jarang on9…mungkin keadaan tidak
mengizinkan.bila terbaca kehidupannya melalui bloq untuk dia meluah segala rasa
yang dialaminya menitik air mata ini...
sungguh sakit dialaminya namun ketabahannya untuk insan-insan yang disayangi telah menguatkan dan melawan sakit yang dialami.aq tak menyangka dengan semangat yang ada dalam dirinya dia telah meneruskan hidup seperti biasa namun wanita ini takkan pernah lari dari kesakitan wanita ini menghidap penyakit kanser gist tahap 4. Terkejut bukan..sehingga kini wanita ini bertahan dan melawan untuk sebuah penyakit yang sangat ditakuti oleh setiap manusia iaitu kanser.sungguh sedih dan kadang melihat status2 yang dia tulis dalam fb kadang sungguh menyentuh jiwaku dan kadang aq melihat statusnya sungguh pilu sungguh sakit dalam keadaanya.
perkenalan
hanya sekadar fb namun banyak yang dia cerita kepadaku tentang hidupnya walaupun
tidak menyeluruh.aq sungguh kagum dengan wanita ini.yang lebih mengkagumkan
diriku ini, walaupun wanita ini mempunyainya penyakit yang bergantung kepada
ubat-ubat yang banyak pergi kimo dan rawatan-rawatan susulan adalah penyambung
nyawa kepada wanita yang sungguh kukagumi ini…insan-insan yang menyayangi telah
membuatkan semangat itu sentiasa ada dalam hidupnya dan meneruskan hidup
untuk sentiasa bertahan.masa baca bloq wanita ini,dia ada menceritakan tentang
pasangannya cukup sedih secara
ringkas yang aq bole katakan familynya telah redha jika pasangannya itu
meninggalkan dia melepaskannya dan family wanita ini tidak akan menyalahkan dia
kerana meninggalkan anak kesayangannya tak silap aku akak dia yang cakap macam
tue..
sedihnya aq baca masa tue mengalir air mata teringat dengan insan yang sentiasa ada di hatiku..namun
cinta itu sungguh indah, pasangannya menerima seadanya diri wanita itu dan
sanggup menjaganya.sungguh indah cinta itu andai keikhlasan yang utama.pasangannya
menerima seadanya dirinya, dan kini alhamdulillah wanita ini dan pasangannya
telah diijab kabulkan..syukur
alhamdulillah.namun itulah takdir yang telah ALLAH berikan pada mereka.hati
mana bagi seorang wanita tidak menginginkan anak namun keadaannya yang sebegini
tidak dapat mengizinkan untuk mendapatkan zuriat sungguh pilu dihati melihat
statusnya kat fb sedih bila wanita ini menulis setiap perempuan mana yg xingin
nak menjadi seorg ibu?perempuan mana yg xinginkan rahimnya dpt mngdgkan anak
sndiri…sue mendoakan mudah-mudahan akak akan mendapatkan zuriat tidak lama lagi....amin..ya ALLAH RUNTUN jiwaku ini melihat kata-kata ini aq merasakan aku
ditempatnya dan merasakan inilah yang difikirkan insan yang jauh disana..
doa
yang membuat air airmataku mengalir lagi ya Allah lakukanlah keajaiban mu
terhadapku, matikanlah sel2 kanser ni, agar aku bisa mgandungkan anak yg soleh
dan solehah,ya Allah dgr lah rintihan hamba ini…hanya Engkau sahaja yg dpt
menolongku.SAKIT DAH TERLUKANYA DIHATI SEORANG WANITA KETIKA INI..dapat ku
merasakan semua yang dirasakan mungkin benda dan perkara ini juga tidak jauh
dari hidupku.sedihkan doa yang dia tulis harapan untuk mendapatkan zuriat itu
sungguh tinggi. Dalam bloq dia juga ada kongsikan segala perbelanjaan
ubat-ubatan untuk penyambung nyawa wanita ini…sampai berpuluh ribu..mang mahal
sangat-sangat.pas
tue dalam bloq wanita nie juga dia ada gtau dan berpesan jagalah hati dan
perasaanya sebaik mungkin, sebab dia dah cukup menderita tuk menanggung kanser
nie so xleh tertekan nanti kanser akan membiak dengan lebih aktif lagi so
biarlah dia dalam keadaan gembira dan tenang.
YA ALLAH bila melihat pesan tue,
aq sedar kan kesilapan yang aq sedang lakukan ketika ini.sedihnya nangis dah
aq..yang aq percaya sangat-sangat dan yakin dengan apa yang wanita ini katakan
ialah kdang-kadang cinta dapat menjadi penawar bagi segala penyakit dengan
kekuatan cinta yang ada pasa suaminya untuk dirinya menjadi sumber kekuatan
untuknya masih mampu melawan sakit kanser nie..sedih kan…setiap bait yang aq
tulis mengenai wanita ini aq mengeluarkan air mata dan sebak dihati teringat akan insan yang jauh...aq
bersetuju dengan wanita ini dengan adanya kekuatan cinta kadang ia mampu
menjadi ubat dan penawar kepada penyakit dan dengan adanya cinta semangat
itu sentiasa ada untuk meneruskan hidup..serba sedikit tentang wanita yang
cukup tabah menjalani hidup sebagai seorang
pesakit kanser. Kisah yang aq kongsikan ini bukan untuk diraih simpati cuma
ingin berkongsi dengan pembaca ketabahan kesabaran seorang wanita melalui
hari-harinya sebagai pesakit kanser tahap4..kita yang mendengar kisahnya cukup
sakit apatah lagi bila melihat dan menjalani dugaan itu mungkin tidak akan
setabah wanita ini..selalu kita beringat ketika kita sihat dan ketika
sakit..hidup mati ini hanya untuk ILAHI..
Ok..abis
dah cerita sal akak yang aq sangat kagumi..sebenarnya selain dia ada seorang insan lagi yang cukup aq kagumi tapi biarlah rahsia siapakah insan itu...akak nie adalah wanita yang cukup sabar untuk melawan
penyakit yang dialaminya dan bertahan untuk meneruskan hidup.serba sedikit
cerita ni ada kaitan dalam kisah hidupku dengan insan yang kucintai..sedih
hanya ALLAH yang tau betapa sedih dalam keadaan begini..namun betullah yang
dikatakan oleh akak nie cintalah kadang yang mejadi penguat dan penawar kepada
penyakit..aq sangat bersetuju dan kata-kata kakak nie cukup menusuk ke kalbuku
dan terasa dihati…CINTA ADALAH PENGUAT KEPADA PENYAKIT YANG DI ALAMINYA..…
Doa
untukmu…ya ALLAH hanya padamu aq memohon permudahkanlah segalanya berikanlah
mereka kekuatan dan ketabahan hati dalam melawan penyakit ini.aq disini tidak
akan putus mendoakannya walaupun tidak mampu ku melihat akan dirinya namun
doaku terhadapnya tidak akan putus sehingga nafasku yang terhenti.aq di sini
akan sentiasa ada untuk hari-hari dan menemanimu untuk menjalani segala
kenangan kita bersama.cukup jauh dan terlalu jauh, namun percayalah setianya aq
disini menanti akan kepulangan dirimu adalah impian kita berdua.kita punya
impian kita punya harapan dalam mengejar erti hidup untuk menjadi sebuah
pasangan yang bahagia seperti orang lain.
aq akan menantimu meski penantian
panjang..biarkan waktu ku habis oleh penantian ini hingga kau percaya betapa
besar cintaku padamu ku tetap menanti walau badai menerpa cintaku takkan ku
lepas berikan ku kesemapatanuntuk membuktikanaku mampu jadi yang terbaik..wahai
angin sampaikanlah salam rindu ini kepadanya yang jauh disana bisikkanlah
dihatinya seorang insan yang disayanginya sedang menunggu dengan penuh setia
dan sangat merinduinya ketika ini….duhai bayu sampaikanlah kata-kata ini
kepadanya menunggu bukanlah satu beban kepada hidupku malah membuktikan betapa
besar cintamu kepadaku dalam
memperjuangkan hidupmu ketika ini..ku kan menanti akan hadirmu disini dengan
penuh harapan yang berjuta….
salam, akak terbaca blog kamu, terima kasih cz berkongsi cerita tntg akk, mgalir air mata nie membaca blog kamu, alhamdulilah sejak kawen nie keadaan akk makin pulih, walaupun xsepenuhnya, tp jrg sekali merasai sakit mcm dulu, mgkin kerana incik suami sntiasa berada disisi, cinta tu sgt indah kan dik, kerana dgn cintalah akk dpt bertahan smpai skrg :)' suami sgt2 memahami akk, segala kegusaran dihati nie akk luahakan dkt dia, haritu akk ada berbincg dgn doc, tntg akk nk bhnti mkn ubat kimo, untuk mgandung, tp doc kata risikonya sgt tinggi, satu hr akk mngis je mgenang nasib diri, dan suami pujuk untuk kami mgambil ank angkat je, akk tahu suami akk pasti mahu zuriat sndiri, tp dia xpernah luahkan, dia sntiasa mnjaga perasaan akk, sekarang akk masih terus berdoa dan berharap mg akk akk pulih sepenuhnya dan akn mndapat zuriat sndiri... tiap kali ak dgr kwn2 akk mgandung akk terasa sedih sgt2 dik, naluri keibuan nie terlalu membuak2 hnya Allah je yg tahu... doakan akk pulih sepenuhnya ya, dan akk kuat mghadapi satu lg ujian Allah yg maha hebat nie...sesungguhnya akk redha dgn pnyakit kanser nie...amin...
ReplyDelete