Tuesday 29 November 2011

Aq rindu mak….

Di saat ini…..
Diri ini sangat memerlukan kehadirannya di sisi..
Bukan sekadar utk menjadi ibu dan mak kepada diri ini…
Tapi sebagai teman dan kawan yang sangat rapat dan cukup hampir
pada diriku ini…
Makkkkk anak mak sangat-sangat merindui mu…
Makkkkk anak mak merindui dakapan mesra dari mak…
Makkkkk ku ingin berlari mendakapi mu penuh girang bak sekecil kehilangan..
Makkkkk anak mak sangat-sangat memerlukan mak ketika ini….
Makkkkk anak mak merindui kucupan mesra yang selalu singgah di dahi anak mak nie..
Makkkkk anak mak merindui suara dan gelak tawa dari mak…
Makkkkk anak mak merindui gurau senda dan nasihat dari mak..
Makkkkk dengarlah anak mak merindui mak…..
Makkkkk anak mak merindui mak sangat-sangat..
Makkkkk…….hidup anak mak kini tak seceria dulu…
Makkkkk anak mak  tak nakal lagi…..dengarlah mak..anak mak tak nakal lagi…
Makkkkk anak mak sayang mak..sangat-sangat sayang mak..
sayang, kasih dan cinta kepada mak takkan berubah sampai akhir nafas ini...
Love u so muchhhh….miss u so muchhhh…

dakapan mak adalah yg paling selesa..
Namun…….
Itu semua hanyalah ucapan yang hanya aq mendengarnya dan yang maha ESA.…
Kerinduan yang teramat ini takkan terbalas oleh mak…
amat sakit bila kerinduan kita tak terbalas...duhai hati bersabarlah..
Itu yang sangat pasti dan aq sendiri mengetahuinya….
Kini mak tiada lagi di sisi buat selamanya…..
Pemergian mak hampir setahun lebih membuat hati ini sunyi tanpa dirinya di sisi ini…
Setiap hari mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi tanpa dirimu...
Allah yang penuh dengan teka teki dan yang penuh dugaan silih berganti..
Itulah kehidupan di dunia ini….
Makkkk anak mak nak bagi tau dengan mak…
Anak mak sayang mak…anak mak rindu sangat-sangat…
Anak mak tak degil lagi..anak mak dah bole kawal erti panas baran dalam diri..
Anak mak semakin dewasa….anak mak dah jadi semakin faham erti kehidupan…
Anak mak merindui masa lalu bersama…anak mak rindu dengan masakan mak…
Anak mak sunyi tanpa mak setelah mak meninggalkan diri ini…
Makkk…buchuk mak nie nak bagi tau gak…
Ketika diri ini menjejakkan kaki pada mula mak meninggalkan diri ini..
Kaki tak dapat melangkah dengan segagahnya…
suasana itu berbeza,yang dahulunya anak mak pulang dengan senyuman yang cukup bahagia..
tapi kepulangan anak mak ketika itu dengan doa yang tidak putus untuk mak dan tangis di hati...
Melangkah dan mengatur satu persatu kaki ini cukup menguji hati dan diri..
ketika itu anak mak hanya bekata dalam diri..
Siapa lagi yang akan menyayangi diri ini seperti mak menyayangi ku.
terasa diri keseorangan di dunia ini..


Hati sayu dan sayu ketika itu….anak mak tetap menggagahkan diri untuk meneruskan..
Pada ketika itu…hanya ada suara-suara bacaan ayat-ayat suci alquran untuk mak..
Sakit dan kecewa diri ini sehingga ke hari ini mak…
Anak mak tak dapat melihat wajah mak dan peluk cium yang terakhir untuk mak..
maafkan diri ini mak...
Betapa hancur dan bekecainya hati ini…insan yang tersayang meninggalkan diri ini..
Namun itu telah ditakdirkan untuk anak mak nie..
Mak…anak mak nak minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki..
Mak…anak mak ucapkan terima kasih dengan sebanyak-banyaknya kerana mendidik anak mak nie sehingga ketahap ini..
Mak....halalkan segala makan dan minum yang mak berikan kepada diri ini.
Mak..ampun segala dosa-dosa diri ini....
ya ALLAH tempatkanlah arwah ditempat orang yang beriman dan beramal soleh..amin...
ya ALLAH tenangkanlah hati ini ya ALLAH..ku mohon padamu...

wahai hati tenanglah seperti 
air di tasik...

Monday 28 November 2011

4.30 pagi..

setelah aq menunaikan kewajipan di waktu malam yang sepi ini…
setelah aq merendahkan dan menghamparkan diri ini..
dengan memperlihatkan diri ini lemah dihadapanNYA..
iaitu dengan bersujud untukMU..
aq duduk termenung akan segala yang terjadi..
setelah berhadap dengan PENCIPTA...
aq persiapkan diri ini untuk dibuai mimpi indah ketika ini.…
namun….mata ini tak dapat ditutup rapat…
mengapa duhai hati dan fikiran???
Mengapa????...aq sendiri mencari jawapan itu…
Aq bingkas bangun dan duduk mencari ruang utk jawapan mengapa??
Mata dan fikiran ketika ini sangat-sangat penat..
Namun aq tak dapat melelapkan mata…


Ya ALLAH ku pohon padamu..berikanlah ketenangan hati hambamu ini..
Jagalah hati hamba mu ini agar sentiasa berada dijalanMU..
Jagalah hati hambamu ini agar sentiasa tenang dalam ujian yang engkau berikan..
Jagalah hati hambamu ini agar tidak lari drpd matlamat hidupnya…
Pimpinlah hambamu agar sentiasa dibawah lindunganMU…
Pagi yang sunyi ini..hanya berteman zikir dan lagu nasyid yg kudengari ketika ini..



Sambil menelaah subjk tuk aq prepare for mid term on Tuesday…
Aq mendapat jwapan mengapa aq tak dpt melelapkn mata..
Jawapan itu adalah aq ditakdirkan utk mencoret sebuah entry di bloq ku..
Dan ditakdirkan utk menelaah subjk tuk mid term…
Time to study…gud luck for surianti missi…insyaALLAH…
Do the best for your study n important focus for study..…
Nawaitu itu penting…nawaitu yang betul akan mendapat keredhaanNYA..
I ALWAYS REMEMBER WHAT MY QUEEN HEART (MY MOM) N MY LOVER SAYS FOR ME..




Sunday 27 November 2011

HEART..

menunggu dan terus menunggu..
itulah jawapan di hati ini...
ku yakin tiada yang mustahil yang akan berlaku...
aq tetap menunggu, walaupun kadang kala hati ini teruji...
tapi aq yakin apa yang terjadi ada hikmahnya..
ku berjalan tanpa henti hanya DIA dan dia menemani langkah ini dalam dugaan ini......
ku tau dan ku sangat mengerti pilu dan sakit yang kurasa..
tidak setandang kesakitan yang dialaminya...
semangat dan pengorbanan utk ku cukup menyakinkan diriku..
ku berdoa tanpa henti...hadirkanlah sinar pengharapan itu....
andai ku menceritakan diary hidup ku tiada sapa yang akan percaya..
kadang kala aq berfikir diary hidupku sebuah cerita novel yang telah disusun seelok2nya...
namun itulah hati dan sebuah ketentuanNYA...


berjalan melihat mentafsir menganalisa semua itu hanya difikiran...
namun semua jawapan ada pada yang ESA..
aq yakin semua yang terjadi ada sebab n kenapa ia berlaku..
mungkin jawapan yg ALLAH beri bukan pada masa ini mungkin juga 5@10 tahun akan datang..
itulah dinamakan menanti hikmah dan aq akan trus menunggu untuknya..
mungkin jua ini hanya ujian yang kecil untuk diri ku tapi ujian ini menduga seluruh hidupku...
mungkin jua dugaan utk melihat sejauh mana hatiku dan hatinya utk bersatu dgn seikhlasnya..
hati ini telah terkunci utk dirinya....
andai aq diberikan peluang brcrta tentang kisah apa yang mengembirakan hidup ini...
dengan kehadrannya ketika aq diuji oleh yang maha ESA...
hati aq ingin berpesan jaga hatimu hanya untuknya..
hati engkau telah melihat kesungguhannya dan semangatnya utk mu..
jaga hati mu duhai hati...hati ini ttap menunggu utk hati itu....





aku rindu dia (Mohd Adam Harith)

aq rindu dia..itu yg dpt aq katakn masa nie...
aq tak dpt menyembunyikan lg persaan ku...
sangat2 merindui segalanya...
rindu dengan kenangan bersama...
aq rindu dia...
aq rindu dia...
tersangatlah rindu....namun...ku harus tabahkan hati ini...
lagu kat bwah nie lagu kat bloq abg adam...
tajuk lgu nie hingga akhir nafasku - muzzy....
Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku

Tuk hidupku
Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu, terindah

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah, yang tercipta
Dalam hidupku

Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu, terindah
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah, yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku..
Aq merindui tiap detik bersamanya..
kenangan bersamanya akan ku patri sampai akhir hayat ku...
aq menyayangi dirinya dengan sepenuh hati dengan penuh keikhlasan...
kau hadir ketika aq memerlukan segalanya..terima kasih untuknya..
namamu akan terpatri di hati ini sampai bila2...




Saturday 12 November 2011

Esok kelas….

Alhmdulillah
2week aq n my besfren kat dpp(dwn pginpn pljr) bercuti kat snie
maklumlah kg halaman kn jauh...
Xde msalah…wlpun kdg2 persaan takut utk stay kat snie
Menyelebungi hati aq n my besfren..
Alhmdulilah yg mmpu aq ktakn xde mslh yg berlaku..
Yg mslh sikt nak cri tempt makn coz café kat dpp xbuka
Kena g kat mall bru le dpt mkan..
Xla jauh sgt dr dpp p lau smpi je kat bilik dr mkan perghh mguji
Gakla hawa kat luar nie..heheh
Aq kan ratu lilin…ehhh xde2 aq gurau je persn la aq nie..
Aq bkn ratu lilin rumate aq kata n akak senior kta
Aq nie RATU BULAN..
Nak tau napa coz aq jarang btul nak kluar mlm kat snie.
Lau rumate n akak senior tu ajak kluar mkn ke jln ke
Mang aq x ikut…heheh jadi aq dpgil RATU BULAN..hehe
esok kelas dah bermula...begitu cepat masa itu berlalu
nampaknya bumi sintok akan di warnai lagi dengan kelibat
hamba2 ALLAH yg ingin menuntut ilmu yg telah tersebar luas di muka bumi ini..



Esok kat dkg(dwn kuliah gugusan)
Akn sibuk smula mcm sblum2 nie..
Alhmdulillah gak asgmnt stkt nie smua dah settle…
Rsanya dlm buln nie aq sibuk sikit la…
Kin jarang2 nak update bloq..
Byk sgt kerja aq…ngn present nya
Ngn asgmnt nya yg kena submit
Ngn pgram anak2 sbah…
Ngn mid term nya lgi…
Ngn pgram luar under course ku…
Poning2x…p tu la adat seorg student kn…
Mgeluh kdg2 perlu p jgn byk sgt…adat resam bg seorg student
Utk Berjaya…kan2x..
P dlm sibuk2 nie aq xpena lupa utk seseorg.
Aq sentiasa cb utk meluangkn masa utk dia mcm mn aq sibuk sekalipun..
p aq rasa aq xla sbuk btul..hehehehe
aq tau ini sja yang mampu aq berikan untuknya...
p aq harap semngat untuk semua nya ada utk dia dan aq...
Ma kasih sangat2x…
Rindu ngn semuanya bole tak aq balik sabah skrg nie???
Aq rindu ngn kluarga ku.....
dan segala kenangan ku.....


to my besfren,kwan2 yg dkenali n stu klas n stu course ku n yg aq tak kenali gak
SELAMAT MEMULAKAN KELAS ESOK DAN SETERUSNYA..
ALWAYS SMILE..
(^_______^)


Thursday 3 November 2011

Matahari terbit…

MATAHARI TERBIT..
ADA APA DENGAN MATAHARI ITU..
MATAHARI TERBIT ITU
SENTIASA MEMBUATKU TERSENYUM..
MATAHARI TERBIT ITU
SENTIASA MENGINGATKAN AQ DENGAN KEMANISAN…
MATAHARI TERBIT ITU
KU INGIN SENTIASA MELIHATNYA…
MATAHARI TERBIT ITU
CUKUP BERMAKNA UNTUK KU
MATAHARI TERBIT ITU
CUKUP INDAH DAN SEMPURNA DI MATA KU..
TERBITNYA DI ALAM INI
CUKUP MENYINARI SELURUH MUKA BUMI ALLAH..
BEGITULAH JUA UNTUK DIRI KU…
TERBITNYA MENYINARI KEGELAPAN DI WAKTU SIANG..


MATAHARI TERBIT KU..
MAMPUKAH AQ MELIHAT MU SENTIASA..
KU INGIN MENYENTUH MU..
KU INGIN MEMELUKMU..
KU INGIN BERCERITA DENGAN MU..
KU INGIN BERKONGSI KEGEMBIRAAN DENGAN MU…
KU INGIN LUAHKAN APA YANG KURASAKAN…
MATAHARI TERBIT KU..
TERBITLAH DENGAN INDAH YANG SENTIASA DINANTIKAN
OLEH DIRI INI…

Tuesday 1 November 2011

Luahan hati ringkas..

Pernahkah korang fikir
Sebelum ini yang kadang-kadang
Kegembiraan yang kamu rasakan
Tak dapat dikongsikan bersama orang lain.
Terutama dengan family dan sahabat2 korang..
Pernah tak???..
Hanya melalui detik2 kegembiraan itu sendiri sahaja..
Sedihkan bila melalui detik itu bersendirian..
But defends for u taken this happiness..
Rasa rugikan kegembiraan tak dapat dikongsikan..
Namun semua itu kugagahkan diri
Untuk melaluinya..
Pelbagai yang ku alami saat ini..
Kadang-kadang aq sampai macam xde iman jugakla
Xbfikir sangat kenapa aq diuji begini..kenapa bkan org lain..
ASTAGFIRULLAHALAZIM…napa aq bole bfikir sprti itu..
Seolah2 aq melawan takdir yg telah trtulis utk ku ini…
Namun itulah manusia no body perfect in the world..
But try do the best for life and finding pleasure of ALLAH..
Aq yakin setiap yang diuji itu ada sebab dan akibatnya..
Hanya menunggu masa yang sesuai ALLAH memperlihatkan
Sebab dan akibat sesuatu yg trjadi..
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
Itulah janji ALLAH kepada hambanya..
Dan ku yakin dengan janji ALLAH itu kepada setiap hambanya..
Ku menadahkan tangan ku ini ya ALLAH..
Berikanlah hambamu ini kekuatan setiap ujian dan dugaan..
Agar sentiasa berada dekat denganMU ya ALLAH..
HIDUP BERPAKSIKAN DAN BERPPANDUKAN MU
HIDUP AKAN BAHAGIA..