Saturday 14 January 2012

Mudah tapi sukar.

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan TAPI sangat sukar untuk dimiliki. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan sangat perit dan sakit untuk dilalui.detik yang berlalu bagaikan satu kesakitan yang hampir membuat diri tidak dapat bangun semula.
Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini. Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.


Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA. Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan InsyaAllah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.
Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.


Buat sahabat yang sedang bersedih dan peringatan untuk diri sendiri yang begitu lemah di hadapan MU, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.
Berprasangka baiklah kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.


Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita. Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. Izinkanlah hamba yang lemah ini untuk lebih dekat dan mencintaiMu…


Wednesday 11 January 2012

Tiba-tiba..

Assalamualaikum…
Tiba-tiba teringat dan merindui dia…
pelik sungguh perasaan ini..
tapi tidak boleh dinafikan teringat dan merinduinya..
walhal aq dan dirinya tidaklah rapat mana dan hanya rapat melalui alam maya sahaja.
masa buka via fb td, tetiba trus klik kat nama dia..
rindu pulaknya…
kin masa nie dia juga merindui dan teringat akan diriku..ehehe..
perasan plaknya..tapi betul aq teringat dan merindu…
tapi bukan merindui seorang muslimin..
 tetapi merindui seorang sahabat yang baru ku kenali juga..
seorang muslimah yang begitu indah dipandangan mata diri ini..
dekat tapi jauh…
siapakah yang bertuah itu.
dia seorang muslimah yang cukup ayu, lemah lembut dan sedap mata memandang…
lau kamu baca entry saya nak kata kat awk saya merindui kamu…



Monday 9 January 2012

Urgent post…(KAKAK MANIS)

Urgent post…
Assalamualaikum..entry nie tujukan khas kepada kak Siti Aminah Baharudin…maaflah kak lau nama bapa tu silap taip..1st  nak ucap terima kasih banyak-banyak dengan kakak..kakak banyak bantu adik-adik kakak di sini..teringat 1st time kenal dengan kak mina, terus fikir kakak nie jenis perrggg terbaik punya orang o,..banyak mulut owh kakak nie tapi best hepy go lucky orangnya..
Kak terus terang adeq kakak nie cakap sayang akak..xpena pun menganggap kakak nie macam orang lain..di anggap macam kakak sendiri suda….entry pendek jak hanya untuk ucapkan terima kasih banyak untuk kakak…teringat masa sem2 lepas kita cerita-cerita sampai subuh…itulah dinamakan CURHAT aka CURAHAN HATI…mesti kami sunyi sem depankan kak kakak ndak da suda..sedihnya pasti akan rasa lain..
Mesti kami akan rindu kakak nanti kan..UNTUK KAKAK :

kami selalu ingat kakak (kakak manis)
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Kat mana pun kakak pas nie jangan lupakan kami ( semua kenangan yang tercipta) akan menjadi kenangan terindah samsons..
Sue sentiasa mendoakan orang-orang sue sayang macam kakak..
Jangan cengeng ya kak.
Setiap yang dilakukan ikhlaslah dengan segalanya..
Jalani takdir hidup dengan yang sebaiknya…
Jadilah insan yang sentiasa mendoakan orang tua ya kakak…tiada dua di dunia ini (mak) tiada sehebatnya di dunia ini (bapa)..
Kak, sue tau kakak orangnya  mudah tersentuh tapi kakak orangnya sangat tabah. Jadi sentiasa tabahkan hati ya kak..
jangan bersedih ya kak dengan ujian yang datang kena kuat.Laa takhaf wa laa tahzan.Innallaha ma’ana.(janganlah takut dan janganlah sedih.sesungguhnya ALLAH bersama kita).
Semua kenangan bersama kakak akan menjadi sebuah cerita hidupku..
Lau kakak merindu adeq-adeq kakak nie amalkan doa nie ya  (ya ALLAH sampaikan salam rinduku kepada “”” sehingga aku menjadi kerinduannya”..insyaALLAH kami pasti merasakan kerinduan kakak tu..
TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA KAK..

Kak mau bgi tau ngan kakak terima kasih segala budi yang kakak berikan kepada sue..terutamanya masa arwah mak sue telah pergi meninggalkan sue..terima kasih semasa itu akak ada untuk sue.,terima kasih sangat-sangat  kak…terima kasih sekali lagi..budi akak kin sue tak dapat nak balasnya mudah2an ALLAH membalas segala kebaikan akak ya…kakak bila melangkahkan kaki untuk tinggalkan sini pasti akan mengusik jiwa kan kak..setiap permulaan kan pasti ada perakhiran…jadi la tahzan ya…always smile k..lau mau balik nanti jumpa kami ya…
SELAMAT MENJALANI CERITA CERITA YANG BARU...
               TERAKHIR SEKALI SAYANG KAKAK..UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..


BERDIAM…

Andai aku berdiam…
Patutkah aq melakukan sedemikian..
Andai aku berdiam..Salahkah aku melakukan itu
Andai aq yang diam..
Adakah kau akan mencariku..
Adakah kau akan mencariku..
Adakah kau akan mencariku..
Aku sentiasa menanti..namun..
Tiada jawapan yang akan diberi..
Kerana masa yang akan menentukan segalanya..
Andai aku berdiam..
Adakah kau akan datang untuk ku..
Adakah kau akan datang untuk ku..
aku sentiasa menunggu..
Tiada jawapan yang akan diberi..
Kerana masa yang menentukan segalanya..
Hati ketika ini menerawang di pelbagai pelusuk dunia..
Ya ALLAH TETAPKANLAH HATI INI…
Setiap hamba punyai dugaan yang berbeza..






Sunday 8 January 2012

Tahun akhir…

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum..Entry pertama di tahun 2012…rasa macam lama sangat diri tidak menconteng luahan hati kat bloq nie..harap-harap xla berhabuk….syukur alhmdulillah ALLAH swt masih memberikan diri ini peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini…ALHAMDULILLAH KU UCAPKAN..seminggu telah berlalu dalam tahun 2012…hanya membusykan diri dengan final imtihan..huhhh mang sikit tertekan dengan final imtihan kali ini...sampai mengeluarkan air mata kerana terlalu takut dengan imtihan kali ini…tapi alhamdulillah semua itu ku atasi dengan sebaik-baiknya...hidup ini perlu back to ALLAH..segala hanya dariNYa..”Tiada daya dan kekuatan melainkan dariNYA”….



Imtihan dan imtihan itulah yang diperbualkan ketika ini..”bila abis paper”..”bila lg paper”..”kat mna exam”..”ada soalan pas year tak”…”ada tips ka lectr bg”..”bila nak balik kg”..”bila nak stdy grup”..”takutlah ngn exam nie”..’harap2lah lepas”..”bila nak ajar aq nie”..”ada tak kwan ko yg major subjk nie”..”ko target brapa paper nie”..macam-macam perbualan yang akan terkeluar dari bibir setiap student ketika ini..pelbagai andaian, pelbagai cara dan pelbagai kata-kata terucap..semua sibuk dengan paper masing-masing dan ingin membuat yang terbaik..tapi kena ingat, takut tapi tidak mempunyai usaha itu namanya sia-sia begitulah jua ada kesedaran namun tiada tindakan..diri ini sering berkata dan mengingatkan diri sendiri MAAN JADDA WAA JADDA….kena berusaha dengan sehabis baik barulah memperolehi yang terbaik juga..teringat dengan entry ISLAHUL QULUB title entry dia HABIS BUAT TAWAKAL SAJA..cantik tajuk dia..nie link dia.. http://ishlahulkokoro.blogspot.com/2011/12/habis-buat-tawakal-saja.html.



Diri ini selalu menjenguk bloq nie..suka sangat-sangat…banyak ilmu yang diri ini perlolehi..tq to syafa..back to title entry TAHUN AKHIR..sebenarnya ada setahun setengah lagi akan menghabiskan pengajian dalam management operation kat UUM nie..maksud tahun akhir kat sini, tahun akhir 2012 diri dan rakan-rakan lain yang mengambil kos selama 4tahun akan berada kat bumi sintok…tahun depan insyaALLAH diri dan sahabat yang lain akan menjalani real industries pulak iaitu praktikum selama 6bulan..rasa macam nak praktikum kat sabah TAPI…entahlah masih memikir lagi ni.kan lambat lagi..heheh...

Macam sekejap jak masa nie berlalu..macam rasa baru jak diri yang dhaif ini melangkahkan kaki ke sintok nun jauh kat utara semenanjung..tidak terasa 2tahun lebih menuntut ilmu kat utara nie..pelbagai cerita yang terukir pelbagai dugaan yang terjadi pelbagai kenangan yang mengusik jiwa..terlalu banyak yang terjadi dalam hidup semenjak hidup dalam perantauan walaupun tidaklah jauh mana masih dalam negara..laut china selatan memisahkan diri dengan insan-insan yang tersayang..sangat-sangat merindui mereka saat ini..yang kadang rapuh dan yang kadang jatuh dan yang kadang sakit menjalani takdir ilahi.


Dahulunya aq tidak terfikir akan segagah ini untuk berdiri di kaki sendiri sebab dahulu hidup ini sentiasa diurus dan ditadbir oleh insan-insan tersayang ketika disamping mereka..teringat dengan arwah mak berkata pada ku sebelum meneruskan pengajian di sini “ndak da ka yang dekat, pohonlah ums tu, ada jugak kak umi mu tolng uruskan lau ko mau belajar di ums”… "nanti lau datang lgi sakit mu macam mna sapa yg mau jga"..“mampukah  anak mama nie belajar jauh2, di sana nanti mesti smua buat sendiri ndak bole cengeng ndak bole kuat mara macam manala nanti dengan makan mu, di sini pun masih kenak suap lau makan baru ko makan nanti disana macam mana la..lau sakit susahla mau pigi tengok sudalah sakit cari bapa jak kan”..heheh…ada gelak dan sedih  terasa…InsyaALLAH anak mak nie dah besar dah, anak mak tak nakal lagi macam dulu...dah boleh kwen dah anak mak nie...heheh..SAYANG MAK, RINDU DENGAN MAK..mengalir air mata menaip perenggan nie…


InsyaALLAH diri telah merancang sebaik-baiknya apa yang diinginkan  dan yang dirasakan terbaik untuk diri ini..berharap apa yang dirancangkan ALLAH makbulkan..”Dan bertawakkallah kepada ALLAH! Cukuplah Allah menjadi wakilmu (tempat menyerahkan urusan)..ku serahkan dan kuhamparkan segalanya kepada yang maha esa….diri mengharap tahun ini adalah tahun yang terbaik dan memprolehi kejayaan untuk diri dan semua sahabat-sahabat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar seorang anak dan seorang hamba disisiNYA..HARGAILAH MASA INI DENGAN SEBAIKNYA…salam di tahun 2012….


START ANY WORK WITH NAME OF ALLAH
DO THE WORK WITH HELP OF ALLAH
FINISH THE WORK WITH THANKS TO ALLAH BECAUSE WITHOUT ALLAH NOTHING POSSIBLE