Thursday 22 October 2015

I'm Come back



Assalamualaikum bagi pembaca yang akan singgah ke bloq yang hampir aku lupakan..ooo tidak tidak mungkin aku akan melupakan hasil bloq sewaktu zaman kuliah lagi...hati terdetik pada mulanya hanya mencari hard disk yang aku tak tau besfren aku letak dekat mana.hati terusik untuk melihat sebuah surat yang mengusik hati namun tiada apa yang mampu diungkapkan kerana semuanya berakhir.Bertahun lamanya lagi baru ku menulis semula bloq nie,,terlalu banyak kisah hidup yang aku lalui dari pelbagai cerita.sehinggalah terdetik nak tengok bloq usang nie..

Bagi pengetahuan kawan2 bloq dan yang singgah ke teratak usang nie...sekarang kehidupan semuanya dah berubah kawan-kawan seperjuangan masa zaman2 study ade dah yang menamatkan zaman bujang..huhuhu...tahniah untuk mereka..bagi yang dalam proses perancangan tue cepat2kanlah..hehehhe....bukan ape orang kate bende baik jangan dilambat2kan...jangan tanya plak aku bila...hehe.part balik kampung yang kureng sikit asyik dok tanya bila lagi,cept2lah suh abang tue cepat2 naik...jawab aku selamba je abang mana plak,,..aku jawab abang mana abg bangla ke??hahaha,,aku cuma jawab tunggu jela ade yang mai pinang nikah la cepat la nie tak da jangan dok sibuk2 tanya terui...tue hal kat kampung...heheeh..


Dalam aku bergrau dan family bergurau tue ade tersimpan sebuah harapan sebenanrnya..dulu2 mase abis belajar target nak cepat2 kawin tapi laa nie lain plak jadinya...dulu gak selalu berdoa bagilah peluang aku nikah nanti arwah bapak masih boleh menjadi wali aku ketika nikah selepas pemergian arwah mak 5thun lepas.stidak trasa 3bulan telah berlalu pemergian arwah bapak..sekarang aku nak doa plak cepat atau lambat jodoh yang diberikan aku menerima asalkan dapat membimbing aku yang gila2 nie...hihih...sebenarnya aku sendiri tak menyangka arwah bapak begitu cepat pergi meninggalkan aku abg dan kakak aku..namun kita sebagai hamba ALLAH sentiasa akur setiap yang hidup pasti akan mati...jodoh rezki maut semua tue perancangaNYA..AL-FATIHAH untuk kedua orang tuaku....

Dah2 xmau sedih,,,cukuplah janganlah air mata ini mengalir lagi..hidup mesti diteruskan..Now aku punya cita-cita dan azam...oppsss lupa sal ceita aku dan seoran doktor rasanya aku dah tak boleh ceritakan lagi hal tue..harap korang fahamlah bila aku kata mcam tue..tapi lau ade kesempatan tue aku cerita gak tue tapi bukan sekarang...heheheh..

Dimana pun dia berada ketika ini aku sentiasa mendoakannya..untuk semua yang merindukan aku senyap seribu bahasa sekarang dh muncul semula,,,sapa2 nak send massage ke ape ke just send email to me senang nak balas sebb sekarang email hari2 aku buka...suriantimissi@gmail.com...senang je address aku...k la assalamualaikum...

Saturday 31 January 2015

AKU DAN SEORANG DOKTOR (PART4)

Alhamdulillah akhirnya dapat berkesempatan lagi untuk menulis cerita tentang dan seorang doktor. Bila melihat semula title ini last aku update pada 2011 ya ALLAH telah lama cerita ini aku menggantung tanpa ada apa-apa perkembangan. Kali ini biarlah aku menulis di penghujung cerita diantara kami berdua. Setelah  4 tahun berlalu pelbagai yang berlaku dalam hidup kami berdua.
            Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari yang begitu tenang. Hubungan jarak jauh itu memang indah namun dugaannya juga cukup besar. Cinta yang bersemi cinta yang mekar cinta yang tumbuh di dua hati akhirnya di uji. Insan yang jauh dibumi sakura itu hilang tanpa ada jejak. Terkejut bukan, tapi itulah hakikatnya yang berlaku.
            Ku imbas kembali saat terakhir aku dan dirinya berhubung pada ketika itu, dia bertanyakan soalan pelik, tapi aku xtau itu adalah soalan untuk jawapan yang dia akan lakukan. Dia bertanya, “awk lau awk diberi pilihan membuat pembedahan untuk kehidupan awk awk nak lakukan ke walaupun peluang 50/50”. Aku menjawab tanpa merasa ragu aku mengingatkan itu adalah tugasan yang dia akan lakukan as a doctor. But itu adalah pilihan untuk dirinya.
            Setelah dia bertanyakan hal sedemikan dia hilang tanpa khabar berita,aku bagaikan tak percaya dia menghalang berbulan. Setiap hari aku akan menunggu dirinya menunggu tanpa ragu. Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Aku hanya mampu menangis itulah wanita bukan hanya mampu meluahkan rasa sedih melalui airmata. Pada ketika itu roommate dan kawan-kawan yang rapatlah yang cukup kuat untuk aku bertahan dan juga kawan baiknya tak pernah putus memberi semangat untuk aku.
            Sehinggalah, pada cuti semester ke5 untuk pulang ke kampung halaman. Dia muncul dengan  menghantar satu mesej. “assalamualaikum sue sihat dah nak balik kampung ke kat mane”. Itulah satu mesej yang ku tunggu-tunggu selama 5bulan tanpa khabar.aku terkejut dan sedikit sebak aku ingatkan dia tidak akan menghubungiku lagi. Akan tetapi keadaan semua telah berubah sekelip mata.
            Namun, perubahan sekelip mata itu dia ingatkan akan menjauhkan aku padanya akan tetapi lebih mengeratkan hubungan diantara kami berdua. Walaupun pahit dan sakit pada ketika itu aku sentiasa memberi dia semangat dan sentiasa ada bila dia perlukan. Perubahan itu aku baca setelah setahun lamanya dari dia menghilangkan diri dari semua orang yang mengetahuinya.