Saturday 31 January 2015

AKU DAN SEORANG DOKTOR (PART4)

Alhamdulillah akhirnya dapat berkesempatan lagi untuk menulis cerita tentang dan seorang doktor. Bila melihat semula title ini last aku update pada 2011 ya ALLAH telah lama cerita ini aku menggantung tanpa ada apa-apa perkembangan. Kali ini biarlah aku menulis di penghujung cerita diantara kami berdua. Setelah  4 tahun berlalu pelbagai yang berlaku dalam hidup kami berdua.
            Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari yang begitu tenang. Hubungan jarak jauh itu memang indah namun dugaannya juga cukup besar. Cinta yang bersemi cinta yang mekar cinta yang tumbuh di dua hati akhirnya di uji. Insan yang jauh dibumi sakura itu hilang tanpa ada jejak. Terkejut bukan, tapi itulah hakikatnya yang berlaku.
            Ku imbas kembali saat terakhir aku dan dirinya berhubung pada ketika itu, dia bertanyakan soalan pelik, tapi aku xtau itu adalah soalan untuk jawapan yang dia akan lakukan. Dia bertanya, “awk lau awk diberi pilihan membuat pembedahan untuk kehidupan awk awk nak lakukan ke walaupun peluang 50/50”. Aku menjawab tanpa merasa ragu aku mengingatkan itu adalah tugasan yang dia akan lakukan as a doctor. But itu adalah pilihan untuk dirinya.
            Setelah dia bertanyakan hal sedemikan dia hilang tanpa khabar berita,aku bagaikan tak percaya dia menghalang berbulan. Setiap hari aku akan menunggu dirinya menunggu tanpa ragu. Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Aku hanya mampu menangis itulah wanita bukan hanya mampu meluahkan rasa sedih melalui airmata. Pada ketika itu roommate dan kawan-kawan yang rapatlah yang cukup kuat untuk aku bertahan dan juga kawan baiknya tak pernah putus memberi semangat untuk aku.
            Sehinggalah, pada cuti semester ke5 untuk pulang ke kampung halaman. Dia muncul dengan  menghantar satu mesej. “assalamualaikum sue sihat dah nak balik kampung ke kat mane”. Itulah satu mesej yang ku tunggu-tunggu selama 5bulan tanpa khabar.aku terkejut dan sedikit sebak aku ingatkan dia tidak akan menghubungiku lagi. Akan tetapi keadaan semua telah berubah sekelip mata.
            Namun, perubahan sekelip mata itu dia ingatkan akan menjauhkan aku padanya akan tetapi lebih mengeratkan hubungan diantara kami berdua. Walaupun pahit dan sakit pada ketika itu aku sentiasa memberi dia semangat dan sentiasa ada bila dia perlukan. Perubahan itu aku baca setelah setahun lamanya dari dia menghilangkan diri dari semua orang yang mengetahuinya.
           

            

No comments:

Post a Comment