Tuesday 31 May 2011

Sayu....

Setelah berbulan lamanya berada di kampun orang, akhirnya sampai ke “kampung halaman” tentunya di SABAH. Rindu teramat dengan suasana kampung. Merindui yang tercinta di hati, yang sentiasa berada d ruang hati dan fikiran akhirnya bertemu.

Setelah 2hari berada di rumah sendiri kata orang “home sweet home”. Tersangatlah happy di samping insan-insan yang tersayang. Namun kegembiraan itu tercuit rasa rindu dengan arwah. Andai arwah masih hidup dialah insan yang cukup gembira dengan kehadiran qu di rumah ini.

Teringat 2hari yang lepas. Melangkah kaki, menggerakkan bibir, mendogakkan muka melihat beranda rumah tesangatlah payah, hati cukup kencang berdegup, rindu, sayu, kecewa. Aq dengan rasa tidak kuat untuk dugaan itu, akhirnya aq memeluk kakak qu sambil berkata “ndak kuat dengan cubaan nie kak”.

Bicara seorang kakak kepada adiknya “sabarlah deq, redha dengan pemergian mak, lau mak tengok macam nie mesti mak nangis gak tu”. Melihat  raut wajah bapa qu yang sedang melihat qu menangis bertambah lagi kesedihan di hati ini. “ya ALLAH perkuatkanlah hambamu dengan cubaan ini”. Melangkah masuk ke dalam rumah aq merasakan cukup kekurangan.

           Dahulunya aq melihat penantian seorang mak berada di beranda rumah menunggu kepulangan anaknya dan menerima peluk cium dari insan ini, kali cukup menduga hati kerana itu tidak akan terulang kembali.
            
         Hati siapa yang tidak menitiskan airmata kekecewaan setelah insan yang cukup istimewa di hati tidak berada disampingnya untuk selama-lamanya…sekarang nie masih mencuba untuk redha dan sabar tanpa insan teristimewa di hati..

           Jom layan lagu HIJJAZ " BELAIAN IBU "

Entry ke-8 Sayunya di hati ini...

Wednesday 25 May 2011

KISAH SEBATANG POHON BAMBU

hamba ALLAH

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi pipa saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi pipa saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar.

Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi pipa yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam, kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?".

Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."Akhirnya batang bambu itu menyerah, 

"Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi pipa saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berpikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat.

 Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya?...
          
Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku Ya Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendak".

entry ke-7 Akur dengan dugaanNYA..

TIDAK PERNAH MEMBANGGAKAN

                 Setelah beberapa minggu tidak bertegur sapa, akhirnya aq  mengalah dengan keadaan. Difikir secara logika, mang aq yang salah namun aq hanyalah insan biasa punyai kekurangan apatah lagi seorang wanita yang penuh dengan emosi. Dalam agama pun kita tidak digalakkan tidak menegur seseorang itu selama 3hari. Aq nie pulak rasanya baru berbaik selama beberapa minggu tidak bertegur dengan hamba ALLAH nie.

                Dipendekkan cerita setelah lama tidak bertegur keadaan menjadi baik semula tapi rasanya tidak seperti yang dulu. Rasa kekok dan malas untuk bercakap pun ada. Difikiran ku, “nanti aq bercakap aq marah dan terasa lagi bagus aq bercakap bila perlu jak”. Tapi ada jugaklah aq bertutur kata. Hubungan menjadi baik jugak tapi tidak 100% tapi aq rasa dalam 85% gitu.

                Sampailah kami buat study group coz subjek untuk exam yang sama, jadi wat keputusan belajar sama-sama. Bertempat di cafĂ© kolej kediaman, kami wat study group. Alhamdulillah semua berjalan lancar, coz kami ada seorang guru yang jadi leader jadi tidaklah hambur study group kami. Belajar,cerita dan gelak ketawa dalam study tu adalah perkara biasa.

                Namun dalam gelak tawa tu, keadaan berubah menjadi satu perkara tidak diduga. Statement yang dituturkan buatkan aq terasa dan menitiskan air mata. Tidak percaya pulak aq dia cakap gitu tu lah sapa suruh bagi tau semua orang”.   tersentak aq dengan kata-katanya.

                YA ALLAH, "tidak pernah niat dihati ingin hebohkan dan bicarakan kepada orang lain". Sedihnya aq rasa. Buat apalah aq nak hebohkan, tidak ada faedah dan manfaat yang aq dapatkan. Andai aq hebohkan dan bicarakan kepada semua orang memberikan kebahagian dan kesenangan diri qu, cukup berbesar hati aq melakukan sedemikian.

 Di hati ini tidak pernah merasa riak dan bangga dengan apa yang aq miliki saat ini. Malah,  merasakan apa yang dimiliki saat ini cukup menduga hati dan akal. cukup menahan sebak dan hati agar tidak terguris namun aq kalah dengan emosi. Maafkan saya andai diri ini telah tawar hati kepada anda.

 Pernahkah terfikir apa yang dibicarakan dan dituturkan itu memberi kesan kepada diri seseorang yang cukup menduga hati dan perasaan, walaupun niat dihati sekadar ingin bergurau senda...

entry ke-6 Punyai perasaan yang cukup kecil...




               

Monday 23 May 2011

AKU DAN SEORANG DOKTOR ( PART 1 )

               Ceritanya bermula apabila aku dihimpit kekecewaan, kedukaan, kemurungan, dan merasakan diri adalah hamba yang rugi untuk selamanya. Ketika itu, aq baru kehilangan mak untuk selama-lamanya.  Merasakan rugi kerana diri yang kerdil dan hina ini dipandangan ALLAH, tidak sempat untuk meminta ampun dan maaf, menatap wajahnya kali terakhir, peluk cium dan meminta menghalalkan makan minum serta mengucapkan jutaan dan ribuaan terima kasih yang berjuta-juta kali kepadanya kerana membesar dan mendidik diri ini sampai ke tahap sekarang. Aq sedang menuntut ilmu di menara gading hasil doa dan didikannya aq berada pada tahap ini.

                Dimulakan cerita bila setelah seminggu berlalu kawan satu sekolah nie, menelefon aq untuk mengucapkan takziah kepada diri  qu, disebabkan pemergian mak ku. Bermula lah cerita aq dan doktor nie. Pada mulanya, kawan qu nie bertanya sama ada aq dah berpunya atau belum, aq tergelak sambil berkata padanya “dulu ada tapi sekarang aq sudah ditinggalkan” , sambil aq tergelak kecil dalam  hp. statement gila yang aq keluarkan..kawan qu apa lagi gelak besarlah. Aq menyatakan bahawa statement tu adalah benar. Cehhh benarlah sangat. Tapi betullah pada ketika itu aq merasakan dua kekecewaan dalam masa yang sama.

                Kawan qu pun terus menyatakan aq ada kawan lau ko mau kenal lah. Aq nie lau setakat kenal no hal, kan kita nie berhak kawan dengan sapa pun tapi kena pandailah. Jadi dipendekkan cerita aq dan kawannya nie berkenalanlah, 1st perkenalan nie dalam FB coz xkan aq nak jumpa sedangkan orang nie kerja kat KL, ala Bandar metropolitan lah katakan,sapa pun tau tempat tue.  Aq menyambut salam dan perkenalan darinya dengan baik., xkan aq nak hampakan kawan qu yang dah bagi kenalkan dengan dia. Pada mulanya dia hanya memperkenalkan diri sebagai seorang kakitangan di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Aq cukup tertarik dengan nama dia..””””””””…nama dia cukup indah… Aq xtfikir pun yang dia adalah seorang doktor. Malah siap aq bermain lagi lau nak apply kerja nanti bolehlah minta bantuan orang dalam.

Sehinggalah aq pulang kembali untuk meneruskan pengajian qu di tahun 2 semester 2. Pertemuan aq dan kawan qu di airport sementara menunggu flight mang beerbicara tentang doktor nie la. Aq dan kawan ku nie menyatakan dia adalah seorang DOKTOR. Punyalah aq terkejut,  dalam hati terus terdetik patutlah yang dia “””””” biarlah aq sahaja  yang tau apa maksud di hati ku time tu. Kawan qu punyalah puji dengan orang nie p aq plak time tu takut dengan dia coz ada SOMETHING HAPPENED, post seterusnya aq akan ceritakan..heehehe... 

Kawan qu nie banyaklah dia kata tentang doktor nie beginilah dia, begitulah dia dan kata orang yang baik dan positif sahaja aq terima dari tutur kata yang dilafazkan…aq plak berfikir betulkah jugak nie..muka macam playboy? Boleh percayaka?..heheh..jangan mara ye doktor. Dalam hidup ku nie pun aq tidak terfikir akan berkawan dengan seorang doktor, maklumlah doktor nie susah dan payah sikit orangnya kata orang 24jam busy, apa orang cakap ON CALL dan kadang kala akan berkawan pun yang standard dengan dia…Mana ada masa dengan semua nie. Rupanya aq nie dah tersilap. OPPSSS sorilah lau terlebih tutur tentang doktor nie. Maaf sangat-sangat.  

Dia adalah anak tunggal kata orang anak satu-satu untuk mak abah dia. Hari demi hari berasa selesa jugaklah berkenalan dan berbual dan berkongsi pendapat dengan nya. Perkara sebelumnya ini aq wat xkisah dan xambil peduli dengan apa yang dia tuturkan dan bicara kepada qu coz keyakinan dengan doktor nie kurang sikit, maklumlah aq pun xpernah jumpa lagi dengan dia berhubung pun melalui mesej sahaja.

YANG SOMETHING HAPPEND TU…sebenarnya berlaku time aq masih kat rumah….Nantikan post yang seterusnya k…apa yang berlaku sebenarnya antara aq dan seorang doktor…

Sunday 22 May 2011

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

MENGHARGAIMU
Kawan, sahabat, teman, friend, sodiq, rafiq…
Walaupun berbeza perkataan tetapi maksud tetap sama..
Hidup tanpa kawan teman sahabat, friend, sodiq dan rafiq
Bagaikan hidup di sebuah gua yang tidak berpenghuni
Hanya ada dirinya dan gua itu.
Cerita hidup hanya berkisar mengenai gua
tidak dapat dikongsi bersama-sama dengan sesiapa pun..
Rugilah bagi manusia yang hidup seperti ini..
Manusia ini hidup dalam saling kebergantungan
Antara satu sama lain..
Tanpa ada ukhwah hidup akan sunyi dan tanpa adanya pengalaman
yang tercipta antara seseorang dengan orang lain seperti kertas kosong tanpa ada lakaran yang indah
Mencipta persahabatan amat mudah dan cukup singkat tempohnya
Kadang kala melemparkan secalit senyuman
Akan terciptalah persahabatan itu
Fitrah manusia akan sentiasa mencari kawan
Namun beringatlah mencari kawan itu ada kaedah dan caranya
Andai berjumpa dengan kawan yang kurang baik hendaklah
Pandai berfikir sebaik-baiknya
Jadikan ia sebagai sempadan hidup di dunia yang fana ini..
cubalah dan usahalah
mencari kawan yang baik dipandangan mata hati ,orang lain dan ilahi
Memperolehi kawan yang begitu sempurna di pandangan mata
Dan cukup meyenangkan hati dan orang lain
Janganlah lupa untuk ucapkan SYUKUR ALHAMDULILLAH
Kepada yang memberikan sahabat sedemikian..
Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga kehormatan diri 
sahabatnya dari pelbagai perkara
Sahabat yang baik akan menutupi segala kelemahan sahabatnya,..
Ingatlah jika kita memperolehi sahabat hargailah dan seelok-eloknya
Janganlah melukai hatinya..
Kerana hati yang kecewa oleh sahabat yang dipercayai dan dihormatinya
Akan menjadi seperti sampah yang busuk dan hina di pandangan matanya..
Apabila hilang kepercayaan diri padamu.
Oleh itu janganlah melukai hati seorang kawan,teman, sahabat, friend, sodiq dan rafiq..
Semoga persahabatan itu kekal dan terukir seribu kenangan..

Aq  merasa gembira dan syukur ke hadrat ilahi memperolehi anugerah yang
Cukup indah pada diri nie..
-SAHABAT-

JOM LAYAN LAGU LAMBAIAN KASIH "SAHABAT"

ENTRY KE-4 HARGAI SAHABAT


Saturday 21 May 2011

MERINDUIMU..

TERINGAT AKAN DIRIMU
Entry kali nie nak ceritakan seorang insan yang cukup aq
sayang, kagum, sanjung dan sangat aq rindui untuk selama-lamanya…
kenangan bersama insan ini takkan aq lupakan sehingga akhir hayat diri ini..
aq bersyukur dikurniakan insan sepertinya.. ENGKAU TIADA DUA DI DUNIA INI..
inilah kalimat yang aq boleh ungkapkan..
aku bersyukur kepada ALLAH dikurniakan insan sepertinya
dan berterima kasih kerana telah mendidik anak mu ini
menjadi insan yang cukup sempurna di mata mu..
anak mu kini sudah besar dan tak nakal lagi,
Aq adalah insan yang cukup merasakan kasih sayang dan cukup 
akan segalanya...Tidak pernah jemu melayan kenakalan diri ini
Sehinggalah ke nafas yang terakhir.
Selama 22tahun aq bersamanya,,dididik dengan cukup sempurna
Bagai MENATANG MINYAK YANG PENUH..
Itulah peribahasa yang aq boleh katakan...
Cukup disayangi dan dicintai…
ku sangka panas hingga ke petang rupa hujan di tengah hari..
tanpa ku duga
INSAN YANG KUSAYANGI INI,
Telah pergi meninggalkan ku untuk selama-lamanya..
Merasakan dugaan itulah yang paling berat
Untuk aku hadapi selama hidup ku ini....
Insan yang sangat bermakna dan paling kucintai
Telah pergi untuk selama-lamanya..
Masih terngiang-ngiang di telinga ini
Suara-suara yang menyatakan pelbagai bicara..
Nasihat, pandangan, semangat dan banyak lagi masih segar di hati dan ingatan ini..
YA ALLAH kuatkanlah semangat hamba mu ini
Untuk menempuh segala dugaan tanpa kehadiran insan tersayang
Di samping ku..Mengingati lagu hijjaz
“ingin ku berlari mendakapimu penuh girang bak si kecil kehilangan”..
Bila aq merindui dan mengingati insan teristimewa di hati ini
Aq mengubat hati dengan lagu ini..

AKU MERINDUINYA DAN INGIN MEMELUKNYA..
NAMUN SEMUA ITU XKAN BERLAKU LAGI SAMPAI BILA-BILA..
HANYA DOA YANG BERTERUSAN YANG PERLU AQ KIRIMKAN
KEPADANYA..
KU MOHON PADAMU TUHAN TEMPATKANLAH
ARWAH DITEMPAT YANG KAU JANJIKAN BAHAGIA UNTUK HAMBAMU..
JAUHKANLAH ARWAH DARI AZAB API NERAKA..
AMIN YA RABB..

Aq menulis tentang nie, bukan untuk meminta simpati atau kasihan
Aq sekadar ingin meluah apa yang aq rasakan
Saat-saat ini..

Entry ke-3 AKU RINDU AKAN DIRINYA..

Tuesday 17 May 2011

EXAM OH EXAM

AKU DAN EXAMANIA DI TAHUN 2 SEMESTER 2…

Sebenarnya exam dah strt 2mggu lalu lg ( 07/05/2011) ,skrg nie tggl 2week lg
 exam akan melabuhkan tirainya tuk semester nie.. p saja aq nak kongsi cerita ttg  exam nie..
Apa itu exam???...bagaimana keadaannya time exam??...apa perasaan kita bila exam???..
P xkan korang xtau apa tu exam kan..semua yg aq tnya kat atas tu confirm korang tau kan..
Saja nak bg pnjg entry qu..hahah..
Exam nie sebenarnya satu nilai kefahaman seorang pelajar
Tentang apa yang dia pelajari selama mempelajari subjek tersebut secara menyeluruh.
Kata orang kita nie perlukan ujian peperiksaan sebab bila ada peperiksaan di situ kita akan mengetahui tahap kemampuan dan pemahaman kita dalam subjek tersebut.
Masuk dalam hal aq nie ceritanya begini, exam di tempat qu nie x kearah exam semata-mata,
 coz pembahagian markah just 60/40…
40 tu hanyalah exam..sikit kan…p yg sikitlah tu menentukan sama ada
Kita nie dapat A+ @ kurg dr itu..
Kena2 lg skrg nie system grade telah diubah..
Mang kena pulun la kta orang KEDAH..lau nak result gempak..
Nak habaq kat korang jadual exam aq xla padat sgt
Tapi perghhh hampir gila la jgk aq di wat nya….
Nasib x gila lg kan..nnti gila, apa pun xdpt, stdy enth ke mna n fmly kecewa..
InsyaALLAH aq xla mcm tu…stress2 pun aq msih ble kawal…
Payah owh subjk yg aq ambil semstr nie..p aq try the best gakla..
Walaupun macm kurang2 keyakinan tu..
P aq kena usaha dan bertawakal kepdaNYA..
Itulah jalan terbaek setelah berusaha…exam oh exam..
Kenapalah perlu exam..aq suka stdy p bolehka xda exam..
Ayt kawn qu dalm FB…hihi…
Buat masa nie 4paper  lg aq x exam
Ada kawan-kawan yg dah abs paper aq nie bru lepas satu..
Aduiii,,,,kuatkanlah semangat untuk sampai ke detik yang terakhir..
InsyaALLAH esk aq exam n lusa..takut aq di watnya..
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH HAMBA MU INI DALAM MENJAWAB PEPERIKSAAN..
…AMIN…
…MOHON DOA DARI KAWAN-KAWAN …

KORANG TGK JADUAL EXAM KU..CANTIK SGT2X..

12/05/2011 – SISTEM MAKLUMAT PENGILANGAN DAN OPERASI
18/05/2011 – PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1 (OSHM1)
19/05/2011 – GELAGAT ORGANISASI (OB)
22/05/2011 - PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HR)
26/05/2011 – PENGURUSN OPERASI (POM)

AQ NIE SEPATUTNYA SIBUK STUDY P SIBUK PLAKNYA BUAT ENTRY KEDUA QU
hihihihihihiii
...PEACE..PEACE…PEACE…
………………………………………………………………………………





FIRST ENTRY IN MY BLOG..17/05/2011 - 12.51 AM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..PEMBUKA BICARA BAGI BLOG INI.

First aq nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada my big baby (RYN) yang tidak jemu untuk megajar aq mendaftarkan diri sebagai pemilik blog sendiri ini dan mengajar aq untuk meggunakan semua fungsi yang ada dalam blog nie. Aq nie cepat fed up nak buat benda nie sebenarnya nasiblah adeq kesayangan bagi aq sabar “ ALSOBRUL MINAL IMAN small mama lau nak buat blog nie “. Tu lah bicara yang aq diberikan sambil dia mengajar aq semua function yang ada kat blog nie.pening gak aq di buatnya, maklumlah aq nie sebenarnya tak suka mengenai IT nie, memeningkan kepala aq adala. Disebabkan ada sebab-sebab tertentu akhirnya terciptalah blog yang bernama “BILA BICARA HATI BERTAMU” harap blog nie jadi tempat aq mengisi banyak perkara dan cerita-cerita yang korang boleh baca...insyALLAH.

ENTRY pertama nie biarlah entry memperkenalkan diri, nama diberi dalam IC dan persetujuan kedua orang tua qu terciptalah SURIANTI MISSI…berasal dari SABAH DI BAWAH BAYU,,lahir pada tahun 1989, muda lagi..masih single p dah berpunya..hahaha...malu plak nak bg tau...dalam keluarga qu, aq punya bapak,2orang abang, seorang kakak. Mak aq baru meningal 7bulan yang lepas..aq nie xla manja sangat ngan family walaupun aq nie bongsu, aq biasa-biasa sahaja.. Alhamdulillah ALLAH berikan kesenangan kepada keluarga qu dan diriku dalam hal rezeki maknanya aq nie hidup dalam keadaan bersederhana..Lau nak cerita sal sifat-sifat atau perangai qu mang xdala penghujung entry qu nie.hahahahah..aq nie orangnya cepat terasa, kuat bising ada yang xkena dipandangan mata mang siaplah adalah yang keluar dari mulut qu. Syukur Alhamdulillah family dan kawan-kawan aq sangat faham akan diri qu.cehhhh..p betullah aq ckp nie, kadang-kadang tu adalah jugak dorang tegur tentang perangai nie..heheh..malu plak aq.

Aq sedang menyambung pengajian dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN OPERASI dengan kepujian. Aq terpaksa meredah laut china selatan untuk sampai ke sini. WELCOME TO EMINENT UNIVERSITY ataupun dikenali sebagai UUM. Aq berada di utara semenanjung “KEDAH DARUL AMAN”. Kos nie wat aq pening dan sakit otak la jugak coz banyak sangat pengiraan aq kadang-kadang naik blur gak, apa yang lecture ajar kadang-kadang aq xfaham langsung, bak kata orang aq just dtg klas p punch card n duk berkhayal kat dalam kelas @pun aq tdur..hahah..nakal kan aq…p xslalu la aq wat nak kantoi oleh lecture. Mampoi aq lau 
kantoi silap hr bulan aq kena wat asgmnet extra.hahahaa..

Nie sahaja entry pertama aq wat mengenai diriku, keluargaku and my study…hehehe…

SYUKUR ALHAMDULILLAH ENTRY PERTAMA TELAH BERJAYA…YEAHHHH..
BANGGA PLAK AQ..TQ RYN....HIHIHIHI..
.............................