Tuesday 31 May 2011

Sayu....

Setelah berbulan lamanya berada di kampun orang, akhirnya sampai ke “kampung halaman” tentunya di SABAH. Rindu teramat dengan suasana kampung. Merindui yang tercinta di hati, yang sentiasa berada d ruang hati dan fikiran akhirnya bertemu.

Setelah 2hari berada di rumah sendiri kata orang “home sweet home”. Tersangatlah happy di samping insan-insan yang tersayang. Namun kegembiraan itu tercuit rasa rindu dengan arwah. Andai arwah masih hidup dialah insan yang cukup gembira dengan kehadiran qu di rumah ini.

Teringat 2hari yang lepas. Melangkah kaki, menggerakkan bibir, mendogakkan muka melihat beranda rumah tesangatlah payah, hati cukup kencang berdegup, rindu, sayu, kecewa. Aq dengan rasa tidak kuat untuk dugaan itu, akhirnya aq memeluk kakak qu sambil berkata “ndak kuat dengan cubaan nie kak”.

Bicara seorang kakak kepada adiknya “sabarlah deq, redha dengan pemergian mak, lau mak tengok macam nie mesti mak nangis gak tu”. Melihat  raut wajah bapa qu yang sedang melihat qu menangis bertambah lagi kesedihan di hati ini. “ya ALLAH perkuatkanlah hambamu dengan cubaan ini”. Melangkah masuk ke dalam rumah aq merasakan cukup kekurangan.

           Dahulunya aq melihat penantian seorang mak berada di beranda rumah menunggu kepulangan anaknya dan menerima peluk cium dari insan ini, kali cukup menduga hati kerana itu tidak akan terulang kembali.
            
         Hati siapa yang tidak menitiskan airmata kekecewaan setelah insan yang cukup istimewa di hati tidak berada disampingnya untuk selama-lamanya…sekarang nie masih mencuba untuk redha dan sabar tanpa insan teristimewa di hati..

           Jom layan lagu HIJJAZ " BELAIAN IBU "

Entry ke-8 Sayunya di hati ini...

No comments:

Post a Comment