Wednesday, 25 May 2011

TIDAK PERNAH MEMBANGGAKAN

                 Setelah beberapa minggu tidak bertegur sapa, akhirnya aq  mengalah dengan keadaan. Difikir secara logika, mang aq yang salah namun aq hanyalah insan biasa punyai kekurangan apatah lagi seorang wanita yang penuh dengan emosi. Dalam agama pun kita tidak digalakkan tidak menegur seseorang itu selama 3hari. Aq nie pulak rasanya baru berbaik selama beberapa minggu tidak bertegur dengan hamba ALLAH nie.

                Dipendekkan cerita setelah lama tidak bertegur keadaan menjadi baik semula tapi rasanya tidak seperti yang dulu. Rasa kekok dan malas untuk bercakap pun ada. Difikiran ku, “nanti aq bercakap aq marah dan terasa lagi bagus aq bercakap bila perlu jak”. Tapi ada jugaklah aq bertutur kata. Hubungan menjadi baik jugak tapi tidak 100% tapi aq rasa dalam 85% gitu.

                Sampailah kami buat study group coz subjek untuk exam yang sama, jadi wat keputusan belajar sama-sama. Bertempat di café kolej kediaman, kami wat study group. Alhamdulillah semua berjalan lancar, coz kami ada seorang guru yang jadi leader jadi tidaklah hambur study group kami. Belajar,cerita dan gelak ketawa dalam study tu adalah perkara biasa.

                Namun dalam gelak tawa tu, keadaan berubah menjadi satu perkara tidak diduga. Statement yang dituturkan buatkan aq terasa dan menitiskan air mata. Tidak percaya pulak aq dia cakap gitu tu lah sapa suruh bagi tau semua orang”.   tersentak aq dengan kata-katanya.

                YA ALLAH, "tidak pernah niat dihati ingin hebohkan dan bicarakan kepada orang lain". Sedihnya aq rasa. Buat apalah aq nak hebohkan, tidak ada faedah dan manfaat yang aq dapatkan. Andai aq hebohkan dan bicarakan kepada semua orang memberikan kebahagian dan kesenangan diri qu, cukup berbesar hati aq melakukan sedemikian.

 Di hati ini tidak pernah merasa riak dan bangga dengan apa yang aq miliki saat ini. Malah,  merasakan apa yang dimiliki saat ini cukup menduga hati dan akal. cukup menahan sebak dan hati agar tidak terguris namun aq kalah dengan emosi. Maafkan saya andai diri ini telah tawar hati kepada anda.

 Pernahkah terfikir apa yang dibicarakan dan dituturkan itu memberi kesan kepada diri seseorang yang cukup menduga hati dan perasaan, walaupun niat dihati sekadar ingin bergurau senda...

entry ke-6 Punyai perasaan yang cukup kecil...




               

No comments:

Post a Comment