Saturday 21 May 2011

MERINDUIMU..

TERINGAT AKAN DIRIMU
Entry kali nie nak ceritakan seorang insan yang cukup aq
sayang, kagum, sanjung dan sangat aq rindui untuk selama-lamanya…
kenangan bersama insan ini takkan aq lupakan sehingga akhir hayat diri ini..
aq bersyukur dikurniakan insan sepertinya.. ENGKAU TIADA DUA DI DUNIA INI..
inilah kalimat yang aq boleh ungkapkan..
aku bersyukur kepada ALLAH dikurniakan insan sepertinya
dan berterima kasih kerana telah mendidik anak mu ini
menjadi insan yang cukup sempurna di mata mu..
anak mu kini sudah besar dan tak nakal lagi,
Aq adalah insan yang cukup merasakan kasih sayang dan cukup 
akan segalanya...Tidak pernah jemu melayan kenakalan diri ini
Sehinggalah ke nafas yang terakhir.
Selama 22tahun aq bersamanya,,dididik dengan cukup sempurna
Bagai MENATANG MINYAK YANG PENUH..
Itulah peribahasa yang aq boleh katakan...
Cukup disayangi dan dicintai…
ku sangka panas hingga ke petang rupa hujan di tengah hari..
tanpa ku duga
INSAN YANG KUSAYANGI INI,
Telah pergi meninggalkan ku untuk selama-lamanya..
Merasakan dugaan itulah yang paling berat
Untuk aku hadapi selama hidup ku ini....
Insan yang sangat bermakna dan paling kucintai
Telah pergi untuk selama-lamanya..
Masih terngiang-ngiang di telinga ini
Suara-suara yang menyatakan pelbagai bicara..
Nasihat, pandangan, semangat dan banyak lagi masih segar di hati dan ingatan ini..
YA ALLAH kuatkanlah semangat hamba mu ini
Untuk menempuh segala dugaan tanpa kehadiran insan tersayang
Di samping ku..Mengingati lagu hijjaz
“ingin ku berlari mendakapimu penuh girang bak si kecil kehilangan”..
Bila aq merindui dan mengingati insan teristimewa di hati ini
Aq mengubat hati dengan lagu ini..

AKU MERINDUINYA DAN INGIN MEMELUKNYA..
NAMUN SEMUA ITU XKAN BERLAKU LAGI SAMPAI BILA-BILA..
HANYA DOA YANG BERTERUSAN YANG PERLU AQ KIRIMKAN
KEPADANYA..
KU MOHON PADAMU TUHAN TEMPATKANLAH
ARWAH DITEMPAT YANG KAU JANJIKAN BAHAGIA UNTUK HAMBAMU..
JAUHKANLAH ARWAH DARI AZAB API NERAKA..
AMIN YA RABB..

Aq menulis tentang nie, bukan untuk meminta simpati atau kasihan
Aq sekadar ingin meluah apa yang aq rasakan
Saat-saat ini..

Entry ke-3 AKU RINDU AKAN DIRINYA..

No comments:

Post a Comment