Monday 23 May 2011

AKU DAN SEORANG DOKTOR ( PART 1 )

               Ceritanya bermula apabila aku dihimpit kekecewaan, kedukaan, kemurungan, dan merasakan diri adalah hamba yang rugi untuk selamanya. Ketika itu, aq baru kehilangan mak untuk selama-lamanya.  Merasakan rugi kerana diri yang kerdil dan hina ini dipandangan ALLAH, tidak sempat untuk meminta ampun dan maaf, menatap wajahnya kali terakhir, peluk cium dan meminta menghalalkan makan minum serta mengucapkan jutaan dan ribuaan terima kasih yang berjuta-juta kali kepadanya kerana membesar dan mendidik diri ini sampai ke tahap sekarang. Aq sedang menuntut ilmu di menara gading hasil doa dan didikannya aq berada pada tahap ini.

                Dimulakan cerita bila setelah seminggu berlalu kawan satu sekolah nie, menelefon aq untuk mengucapkan takziah kepada diri  qu, disebabkan pemergian mak ku. Bermula lah cerita aq dan doktor nie. Pada mulanya, kawan qu nie bertanya sama ada aq dah berpunya atau belum, aq tergelak sambil berkata padanya “dulu ada tapi sekarang aq sudah ditinggalkan” , sambil aq tergelak kecil dalam  hp. statement gila yang aq keluarkan..kawan qu apa lagi gelak besarlah. Aq menyatakan bahawa statement tu adalah benar. Cehhh benarlah sangat. Tapi betullah pada ketika itu aq merasakan dua kekecewaan dalam masa yang sama.

                Kawan qu pun terus menyatakan aq ada kawan lau ko mau kenal lah. Aq nie lau setakat kenal no hal, kan kita nie berhak kawan dengan sapa pun tapi kena pandailah. Jadi dipendekkan cerita aq dan kawannya nie berkenalanlah, 1st perkenalan nie dalam FB coz xkan aq nak jumpa sedangkan orang nie kerja kat KL, ala Bandar metropolitan lah katakan,sapa pun tau tempat tue.  Aq menyambut salam dan perkenalan darinya dengan baik., xkan aq nak hampakan kawan qu yang dah bagi kenalkan dengan dia. Pada mulanya dia hanya memperkenalkan diri sebagai seorang kakitangan di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Aq cukup tertarik dengan nama dia..””””””””…nama dia cukup indah… Aq xtfikir pun yang dia adalah seorang doktor. Malah siap aq bermain lagi lau nak apply kerja nanti bolehlah minta bantuan orang dalam.

Sehinggalah aq pulang kembali untuk meneruskan pengajian qu di tahun 2 semester 2. Pertemuan aq dan kawan qu di airport sementara menunggu flight mang beerbicara tentang doktor nie la. Aq dan kawan ku nie menyatakan dia adalah seorang DOKTOR. Punyalah aq terkejut,  dalam hati terus terdetik patutlah yang dia “””””” biarlah aq sahaja  yang tau apa maksud di hati ku time tu. Kawan qu punyalah puji dengan orang nie p aq plak time tu takut dengan dia coz ada SOMETHING HAPPENED, post seterusnya aq akan ceritakan..heehehe... 

Kawan qu nie banyaklah dia kata tentang doktor nie beginilah dia, begitulah dia dan kata orang yang baik dan positif sahaja aq terima dari tutur kata yang dilafazkan…aq plak berfikir betulkah jugak nie..muka macam playboy? Boleh percayaka?..heheh..jangan mara ye doktor. Dalam hidup ku nie pun aq tidak terfikir akan berkawan dengan seorang doktor, maklumlah doktor nie susah dan payah sikit orangnya kata orang 24jam busy, apa orang cakap ON CALL dan kadang kala akan berkawan pun yang standard dengan dia…Mana ada masa dengan semua nie. Rupanya aq nie dah tersilap. OPPSSS sorilah lau terlebih tutur tentang doktor nie. Maaf sangat-sangat.  

Dia adalah anak tunggal kata orang anak satu-satu untuk mak abah dia. Hari demi hari berasa selesa jugaklah berkenalan dan berbual dan berkongsi pendapat dengan nya. Perkara sebelumnya ini aq wat xkisah dan xambil peduli dengan apa yang dia tuturkan dan bicara kepada qu coz keyakinan dengan doktor nie kurang sikit, maklumlah aq pun xpernah jumpa lagi dengan dia berhubung pun melalui mesej sahaja.

YANG SOMETHING HAPPEND TU…sebenarnya berlaku time aq masih kat rumah….Nantikan post yang seterusnya k…apa yang berlaku sebenarnya antara aq dan seorang doktor…

No comments:

Post a Comment