Sunday 22 May 2011

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

MENGHARGAIMU
Kawan, sahabat, teman, friend, sodiq, rafiq…
Walaupun berbeza perkataan tetapi maksud tetap sama..
Hidup tanpa kawan teman sahabat, friend, sodiq dan rafiq
Bagaikan hidup di sebuah gua yang tidak berpenghuni
Hanya ada dirinya dan gua itu.
Cerita hidup hanya berkisar mengenai gua
tidak dapat dikongsi bersama-sama dengan sesiapa pun..
Rugilah bagi manusia yang hidup seperti ini..
Manusia ini hidup dalam saling kebergantungan
Antara satu sama lain..
Tanpa ada ukhwah hidup akan sunyi dan tanpa adanya pengalaman
yang tercipta antara seseorang dengan orang lain seperti kertas kosong tanpa ada lakaran yang indah
Mencipta persahabatan amat mudah dan cukup singkat tempohnya
Kadang kala melemparkan secalit senyuman
Akan terciptalah persahabatan itu
Fitrah manusia akan sentiasa mencari kawan
Namun beringatlah mencari kawan itu ada kaedah dan caranya
Andai berjumpa dengan kawan yang kurang baik hendaklah
Pandai berfikir sebaik-baiknya
Jadikan ia sebagai sempadan hidup di dunia yang fana ini..
cubalah dan usahalah
mencari kawan yang baik dipandangan mata hati ,orang lain dan ilahi
Memperolehi kawan yang begitu sempurna di pandangan mata
Dan cukup meyenangkan hati dan orang lain
Janganlah lupa untuk ucapkan SYUKUR ALHAMDULILLAH
Kepada yang memberikan sahabat sedemikian..
Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga kehormatan diri 
sahabatnya dari pelbagai perkara
Sahabat yang baik akan menutupi segala kelemahan sahabatnya,..
Ingatlah jika kita memperolehi sahabat hargailah dan seelok-eloknya
Janganlah melukai hatinya..
Kerana hati yang kecewa oleh sahabat yang dipercayai dan dihormatinya
Akan menjadi seperti sampah yang busuk dan hina di pandangan matanya..
Apabila hilang kepercayaan diri padamu.
Oleh itu janganlah melukai hati seorang kawan,teman, sahabat, friend, sodiq dan rafiq..
Semoga persahabatan itu kekal dan terukir seribu kenangan..

Aq  merasa gembira dan syukur ke hadrat ilahi memperolehi anugerah yang
Cukup indah pada diri nie..
-SAHABAT-

JOM LAYAN LAGU LAMBAIAN KASIH "SAHABAT"

ENTRY KE-4 HARGAI SAHABAT


No comments:

Post a Comment