Wednesday 14 December 2011

Imtihan..

              Alhmdulillah dan syukur ku panjatkan kepada ya ILAHI…pengajian ku di tahun ke-2 hampir kepada penamat lagi. Alhamdulillah syukur. Tidak terasa kini ku diakhir semester yang hanya berbekalkan hari untuk prepare for final imtihan. Terasa masa itu berlalu dengan begitu cepat dan masa cukup mencemburui tiap waktu dan ketika. Namun, masa itu perlulah diluangkan dan diisi dengan amal kebaikan senantiasa agar diri kita tidak lari dari landasanNYA..InsyaALLAH…

        Allah berfirman dalam Surah al-Asr, "Demi Masa. Sesungguhnya manusia  itu dalam kerugian.Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh.  Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar”. Dengan surah ini dengan terangnya ALLAH menekankan betapa pentingnya masa itu. Oleh itu hargailah masa itu dengan sebaiknya. Hanya yang sebaik-baik umat itu mengetahui masa itu sangat mencemburui dan sangat pantas berlalu.


                Imtihan..ia adalah satu masa. Terasa ingin kuulang semula masa yang lalu untuk semester ini terlalu banyak yang kurasakan diri ini lalai dan leka dengan duniawi. Ya ALLAH kembalikan hati-hati ini menuju MU ya ILAHI  seperti yang dulu agar senantiasa tenang dan sabar. Namun itulah masa, masa tidak akan dapat diulang semula seperti mesin masa dalam kartun doraemon, malah masa tidak akan menunggu kita tetapi kitalah yang akan mengejar masa itu.  Wahai imitihan only 2week hambamu ini akan menemui. Imtihan kali ini sungguh menguji dan sungguh menguji diri ini.

                Imtihan adalah penting untuk kehidupan as a student right?? Yup its important for student.  Bukan sekadar melihat kefahaman dan kemampuan kita dalam menguasai subjek tersebut dan hanya akan terhenti setelah dakwat terakhir dalam kertas jawapan yang akan dihantar kepada lecture but its important for real life in out side during waiting in real industries.



                Teringat dengan kata-kata DR. Norhasni hri ni semasa dalam bilik kuliah “ saya ajar awak dalam kelas nie saya tak nak student saya think to final only tetapi sya nak student saya sentiasa peka dengan apa yang  sya kongsikan pengalaman saya about real industry now and I hope my student in this clas can application in this subject when you get job after this. I know my student in class not  engineer pio but I want my student have a basic and knowledge for indutries engineer after takes this subject”.

                Betul apa yang DR Norhasni katakan,. Oleh itu, don’t prepare for final imtihan only but prepare for real industries after  this. Like this word. Imtihan kali ini cukup mencabar sebab jadual imtihan huhhhh tidak diduga akan seperti itu. Inilah cabaran ku untuk imtihan kali ini. Mengharap akan melakukan yang terbaik untuk imtihan kali ini dan lebih terbaik dari yang sebelumnya  insyALLAH amin. Sekarang ini kena usaha dan doa untuk menghadapi imtihan yang akan menemui ku tak lama lagi andai diri ini masih diberikan peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri dan meminta ampunan disetiap sujud ku ini. Mengingat mati itu adalah wajib bagi setiap hambaNYA.

           Dengan itu, andai hari esok kita diberikan nafas lagi untuk melihat dunia ini itu bermakna ALLAH masih memberi  kita peluang untuk sentiasa meminta ampun kepadaNYA dan sentiasa memperbaiki diri untuk mengadapNYA...to my frends gud luck for final exam.(^__^)..MAN JADDA WA JADDA..




No comments:

Post a Comment