Friday 16 December 2011

Pagi jumaat..

Pagi jumaat yang cukup tenang…
Hanya desiran angin yang kadang-kala
Menyapa pokok yang berada d luar jendela ketika ini..
Aman tenang bebas…alhamdulillah…
Sungguh indah pagi ini..
Matahari mula menjalankan tugasnya..
Menyinari bumi ciptaanNYA..
Tatkala melihat  ke luar jendela..
Terasa diri yang tengah ditiup hembusan pagi…
SubhanaALLAH indah sungguh  ciptaanNYA…


Ketika ini terasa diri cukup kerdil di banding segalanya..
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH tak terasa diri kini di penghujung lagi..
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH terlalu banyak yang ku lalui…
Dan ketika ini jugalah..ya ALLAH berikan diri kekuatan…..
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH mengharap insan tersayang disamping…
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH seperti diri ini tak mampu berdiri…
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH hati merindukan insan yang telah pergi…
Dan ketika ini jugalah…ya ALLAH ku ingin merasakan pelukan dirinya..

Semua itu ada jawapannya….
Sandarkan semuanya padaNYA…pasti akan terbaik untuk diri..
“letakkan hatimu kepadaNYA pasti DIA  akan meletakkan hatimu dengan sebaik-baiknya Dan hamparkan segalanya kepadanya pasti DIA akan mengaturkan hidupmu dengan sebaiknya kerana DIA mengetahui itulah yang terbaik untuk diri”
Jangan pernah merasakan putus asa..walaupun diri ini yakin hamba ALLAH yang ada di muka bumi ini pasti akan merasakan saat berputus asa, tetapi dengan cara yang berbeza dan mengemudinya dengan cara yang berbeza.

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87).
Dan perlulah di ingat…
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) oleh itu janganlah kita menyatakan kenapa ujian ini terlalu berat. Semua yang terjadi pasti ada jawapannya…





No comments:

Post a Comment