Saturday 29 September 2012

Dengan adanya cinta perawat kepada penyakit...

Alhamdulillah syukur entry nie hanya ingin menceritakan tentang hidup seorang wanita yang cukup tabah melawan penyakitnya…ya ALLAH sungguhh berat ujian yang diberinya..aq mengenali wanita ini hanya melalui fb dan setelah itu membaca kehidupannya sebelum dan setelah menghidap penyakit yang dialaminya sekarang melalui bloq yang dia tulis..cukup menderita namun itulah dikatakan semangat untuk terus hidup telah menguatkan dirinya..sungguh tabah wanita ini..kadang aku dan dia saling mesej kat fb,,tapi kebelakangan nie akak nie jarang on9…mungkin keadaan tidak mengizinkan.bila terbaca kehidupannya melalui bloq untuk dia meluah segala rasa yang dialaminya menitik air mata ini...


sungguh sakit dialaminya namun ketabahannya untuk insan-insan yang disayangi telah menguatkan dan melawan sakit yang dialami.aq tak menyangka dengan semangat yang ada dalam dirinya dia telah meneruskan hidup seperti biasa namun wanita ini takkan pernah lari dari kesakitan wanita ini menghidap penyakit kanser gist tahap 4. Terkejut bukan..sehingga kini wanita ini bertahan dan melawan untuk sebuah penyakit yang sangat ditakuti oleh setiap manusia iaitu kanser.sungguh sedih dan kadang melihat status2 yang dia tulis dalam fb kadang sungguh menyentuh jiwaku dan kadang aq melihat statusnya sungguh pilu sungguh sakit dalam keadaanya.


perkenalan hanya sekadar fb namun banyak yang dia cerita kepadaku tentang hidupnya walaupun tidak menyeluruh.aq sungguh kagum dengan wanita ini.yang lebih mengkagumkan diriku ini, walaupun wanita ini mempunyainya penyakit yang bergantung kepada ubat-ubat yang banyak pergi kimo dan rawatan-rawatan susulan adalah penyambung nyawa kepada wanita yang sungguh kukagumi ini…insan-insan yang menyayangi telah membuatkan semangat itu sentiasa ada dalam hidupnya dan meneruskan hidup untuk sentiasa bertahan.masa baca bloq wanita ini,dia ada menceritakan tentang pasangannya cukup sedih secara ringkas yang aq bole katakan familynya telah redha jika pasangannya itu meninggalkan dia melepaskannya dan family wanita ini tidak akan menyalahkan dia kerana meninggalkan anak kesayangannya tak silap aku akak dia yang cakap macam tue..


sedihnya aq baca masa tue mengalir air mata teringat  dengan insan yang sentiasa ada di hatiku..namun cinta itu sungguh indah, pasangannya menerima seadanya diri wanita itu dan sanggup menjaganya.sungguh indah cinta itu andai keikhlasan yang utama.pasangannya menerima seadanya dirinya, dan kini alhamdulillah wanita ini dan pasangannya telah diijab kabulkan..syukur alhamdulillah.namun itulah takdir yang telah ALLAH berikan pada mereka.hati mana bagi seorang wanita tidak menginginkan anak namun keadaannya yang sebegini tidak dapat mengizinkan untuk mendapatkan zuriat sungguh pilu dihati melihat statusnya kat fb sedih bila wanita ini menulis setiap perempuan mana yg xingin nak menjadi seorg ibu?perempuan mana yg xinginkan rahimnya dpt mngdgkan anak sndiri…sue mendoakan mudah-mudahan akak akan mendapatkan zuriat tidak lama lagi....amin..ya ALLAH RUNTUN jiwaku ini melihat kata-kata ini aq merasakan aku ditempatnya dan merasakan inilah yang difikirkan insan yang jauh disana..


doa yang membuat air airmataku mengalir lagi ya Allah lakukanlah keajaiban mu terhadapku, matikanlah sel2 kanser ni, agar aku bisa mgandungkan anak yg soleh dan solehah,ya Allah dgr lah rintihan hamba ini…hanya Engkau sahaja yg dpt menolongku.SAKIT DAH TERLUKANYA DIHATI SEORANG WANITA KETIKA INI..dapat ku merasakan semua yang dirasakan mungkin benda dan perkara ini juga tidak jauh dari hidupku.sedihkan doa yang dia tulis harapan untuk mendapatkan zuriat itu sungguh tinggi. Dalam bloq dia juga ada kongsikan segala perbelanjaan ubat-ubatan untuk penyambung nyawa wanita ini…sampai berpuluh ribu..mang mahal sangat-sangat.pas tue dalam bloq wanita nie juga dia ada gtau dan berpesan jagalah hati dan perasaanya sebaik mungkin, sebab dia dah cukup menderita tuk menanggung kanser nie so xleh tertekan nanti kanser akan membiak dengan lebih aktif lagi so biarlah dia dalam keadaan gembira dan tenang. 


YA ALLAH bila melihat pesan tue, aq sedar kan kesilapan yang aq sedang lakukan ketika ini.sedihnya nangis dah aq..yang aq percaya sangat-sangat dan yakin dengan apa yang wanita ini katakan ialah kdang-kadang cinta dapat menjadi penawar bagi segala penyakit dengan kekuatan cinta yang ada pasa suaminya untuk dirinya menjadi sumber kekuatan untuknya masih mampu melawan sakit kanser nie..sedih kan…setiap bait yang aq tulis mengenai wanita ini aq mengeluarkan air mata dan sebak dihati teringat akan insan yang jauh...aq bersetuju dengan wanita ini dengan adanya kekuatan cinta kadang ia mampu menjadi ubat dan penawar kepada penyakit dan dengan adanya cinta semangat itu sentiasa ada untuk meneruskan hidup..serba sedikit tentang wanita yang cukup tabah menjalani hidup sebagai seorang  pesakit kanser. Kisah yang aq kongsikan ini bukan untuk diraih simpati cuma ingin berkongsi dengan pembaca ketabahan kesabaran seorang wanita melalui hari-harinya sebagai pesakit kanser tahap4..kita yang mendengar kisahnya cukup sakit apatah lagi bila melihat dan menjalani dugaan itu mungkin tidak akan setabah wanita ini..selalu kita beringat ketika kita sihat dan ketika sakit..hidup mati ini hanya untuk ILAHI..


Ok..abis dah cerita sal akak yang aq sangat kagumi..sebenarnya selain dia ada seorang insan lagi yang cukup aq kagumi tapi biarlah rahsia siapakah insan itu...akak nie adalah wanita yang cukup sabar untuk melawan penyakit yang dialaminya dan bertahan untuk meneruskan hidup.serba sedikit cerita ni ada kaitan dalam kisah hidupku dengan insan yang kucintai..sedih hanya ALLAH yang tau betapa sedih dalam keadaan begini..namun betullah yang dikatakan oleh akak nie cintalah kadang yang mejadi penguat dan penawar kepada penyakit..aq sangat bersetuju dan kata-kata kakak nie cukup menusuk ke kalbuku dan terasa dihati…CINTA ADALAH PENGUAT KEPADA PENYAKIT YANG DI ALAMINYA..…


Doa untukmu…ya ALLAH hanya padamu aq memohon permudahkanlah segalanya berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan hati dalam melawan penyakit ini.aq disini tidak akan putus mendoakannya walaupun tidak mampu ku melihat akan dirinya namun doaku terhadapnya tidak akan putus sehingga nafasku yang terhenti.aq di sini akan sentiasa ada untuk hari-hari dan menemanimu untuk menjalani segala kenangan kita bersama.cukup jauh dan terlalu jauh, namun percayalah setianya aq disini menanti akan kepulangan dirimu adalah impian kita berdua.kita punya impian kita punya harapan dalam mengejar erti hidup untuk menjadi sebuah pasangan yang bahagia seperti orang lain.

aq akan menantimu meski penantian panjang..biarkan waktu ku habis oleh penantian ini hingga kau percaya betapa besar cintaku padamu ku tetap menanti walau badai menerpa cintaku takkan ku lepas berikan ku kesemapatanuntuk membuktikanaku mampu jadi yang terbaik..wahai angin sampaikanlah salam rindu ini kepadanya yang jauh disana bisikkanlah dihatinya seorang insan yang disayanginya sedang menunggu dengan penuh setia dan sangat merinduinya ketika ini….duhai bayu sampaikanlah kata-kata ini kepadanya menunggu bukanlah satu beban kepada hidupku malah membuktikan betapa besar cintamu kepadaku  dalam memperjuangkan hidupmu ketika ini..ku kan menanti akan hadirmu disini dengan penuh harapan yang berjuta….






 

1 comment:

  1. salam, akak terbaca blog kamu, terima kasih cz berkongsi cerita tntg akk, mgalir air mata nie membaca blog kamu, alhamdulilah sejak kawen nie keadaan akk makin pulih, walaupun xsepenuhnya, tp jrg sekali merasai sakit mcm dulu, mgkin kerana incik suami sntiasa berada disisi, cinta tu sgt indah kan dik, kerana dgn cintalah akk dpt bertahan smpai skrg :)' suami sgt2 memahami akk, segala kegusaran dihati nie akk luahakan dkt dia, haritu akk ada berbincg dgn doc, tntg akk nk bhnti mkn ubat kimo, untuk mgandung, tp doc kata risikonya sgt tinggi, satu hr akk mngis je mgenang nasib diri, dan suami pujuk untuk kami mgambil ank angkat je, akk tahu suami akk pasti mahu zuriat sndiri, tp dia xpernah luahkan, dia sntiasa mnjaga perasaan akk, sekarang akk masih terus berdoa dan berharap mg akk akk pulih sepenuhnya dan akn mndapat zuriat sndiri... tiap kali ak dgr kwn2 akk mgandung akk terasa sedih sgt2 dik, naluri keibuan nie terlalu membuak2 hnya Allah je yg tahu... doakan akk pulih sepenuhnya ya, dan akk kuat mghadapi satu lg ujian Allah yg maha hebat nie...sesungguhnya akk redha dgn pnyakit kanser nie...amin...

    ReplyDelete