Tuesday, 29 November 2011

Aq rindu mak….

Di saat ini…..
Diri ini sangat memerlukan kehadirannya di sisi..
Bukan sekadar utk menjadi ibu dan mak kepada diri ini…
Tapi sebagai teman dan kawan yang sangat rapat dan cukup hampir
pada diriku ini…
Makkkkk anak mak sangat-sangat merindui mu…
Makkkkk anak mak merindui dakapan mesra dari mak…
Makkkkk ku ingin berlari mendakapi mu penuh girang bak sekecil kehilangan..
Makkkkk anak mak sangat-sangat memerlukan mak ketika ini….
Makkkkk anak mak merindui kucupan mesra yang selalu singgah di dahi anak mak nie..
Makkkkk anak mak merindui suara dan gelak tawa dari mak…
Makkkkk anak mak merindui gurau senda dan nasihat dari mak..
Makkkkk dengarlah anak mak merindui mak…..
Makkkkk anak mak merindui mak sangat-sangat..
Makkkkk…….hidup anak mak kini tak seceria dulu…
Makkkkk anak mak  tak nakal lagi…..dengarlah mak..anak mak tak nakal lagi…
Makkkkk anak mak sayang mak..sangat-sangat sayang mak..
sayang, kasih dan cinta kepada mak takkan berubah sampai akhir nafas ini...
Love u so muchhhh….miss u so muchhhh…

dakapan mak adalah yg paling selesa..
Namun…….
Itu semua hanyalah ucapan yang hanya aq mendengarnya dan yang maha ESA.…
Kerinduan yang teramat ini takkan terbalas oleh mak…
amat sakit bila kerinduan kita tak terbalas...duhai hati bersabarlah..
Itu yang sangat pasti dan aq sendiri mengetahuinya….
Kini mak tiada lagi di sisi buat selamanya…..
Pemergian mak hampir setahun lebih membuat hati ini sunyi tanpa dirinya di sisi ini…
Setiap hari mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi tanpa dirimu...
Allah yang penuh dengan teka teki dan yang penuh dugaan silih berganti..
Itulah kehidupan di dunia ini….
Makkkk anak mak nak bagi tau dengan mak…
Anak mak sayang mak…anak mak rindu sangat-sangat…
Anak mak tak degil lagi..anak mak dah bole kawal erti panas baran dalam diri..
Anak mak semakin dewasa….anak mak dah jadi semakin faham erti kehidupan…
Anak mak merindui masa lalu bersama…anak mak rindu dengan masakan mak…
Anak mak sunyi tanpa mak setelah mak meninggalkan diri ini…
Makkk…buchuk mak nie nak bagi tau gak…
Ketika diri ini menjejakkan kaki pada mula mak meninggalkan diri ini..
Kaki tak dapat melangkah dengan segagahnya…
suasana itu berbeza,yang dahulunya anak mak pulang dengan senyuman yang cukup bahagia..
tapi kepulangan anak mak ketika itu dengan doa yang tidak putus untuk mak dan tangis di hati...
Melangkah dan mengatur satu persatu kaki ini cukup menguji hati dan diri..
ketika itu anak mak hanya bekata dalam diri..
Siapa lagi yang akan menyayangi diri ini seperti mak menyayangi ku.
terasa diri keseorangan di dunia ini..


Hati sayu dan sayu ketika itu….anak mak tetap menggagahkan diri untuk meneruskan..
Pada ketika itu…hanya ada suara-suara bacaan ayat-ayat suci alquran untuk mak..
Sakit dan kecewa diri ini sehingga ke hari ini mak…
Anak mak tak dapat melihat wajah mak dan peluk cium yang terakhir untuk mak..
maafkan diri ini mak...
Betapa hancur dan bekecainya hati ini…insan yang tersayang meninggalkan diri ini..
Namun itu telah ditakdirkan untuk anak mak nie..
Mak…anak mak nak minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki..
Mak…anak mak ucapkan terima kasih dengan sebanyak-banyaknya kerana mendidik anak mak nie sehingga ketahap ini..
Mak....halalkan segala makan dan minum yang mak berikan kepada diri ini.
Mak..ampun segala dosa-dosa diri ini....
ya ALLAH tempatkanlah arwah ditempat orang yang beriman dan beramal soleh..amin...
ya ALLAH tenangkanlah hati ini ya ALLAH..ku mohon padamu...

wahai hati tenanglah seperti 
air di tasik...

Monday, 28 November 2011

4.30 pagi..

setelah aq menunaikan kewajipan di waktu malam yang sepi ini…
setelah aq merendahkan dan menghamparkan diri ini..
dengan memperlihatkan diri ini lemah dihadapanNYA..
iaitu dengan bersujud untukMU..
aq duduk termenung akan segala yang terjadi..
setelah berhadap dengan PENCIPTA...
aq persiapkan diri ini untuk dibuai mimpi indah ketika ini.…
namun….mata ini tak dapat ditutup rapat…
mengapa duhai hati dan fikiran???
Mengapa????...aq sendiri mencari jawapan itu…
Aq bingkas bangun dan duduk mencari ruang utk jawapan mengapa??
Mata dan fikiran ketika ini sangat-sangat penat..
Namun aq tak dapat melelapkan mata…


Ya ALLAH ku pohon padamu..berikanlah ketenangan hati hambamu ini..
Jagalah hati hamba mu ini agar sentiasa berada dijalanMU..
Jagalah hati hambamu ini agar sentiasa tenang dalam ujian yang engkau berikan..
Jagalah hati hambamu ini agar tidak lari drpd matlamat hidupnya…
Pimpinlah hambamu agar sentiasa dibawah lindunganMU…
Pagi yang sunyi ini..hanya berteman zikir dan lagu nasyid yg kudengari ketika ini..



Sambil menelaah subjk tuk aq prepare for mid term on Tuesday…
Aq mendapat jwapan mengapa aq tak dpt melelapkn mata..
Jawapan itu adalah aq ditakdirkan utk mencoret sebuah entry di bloq ku..
Dan ditakdirkan utk menelaah subjk tuk mid term…
Time to study…gud luck for surianti missi…insyaALLAH…
Do the best for your study n important focus for study..…
Nawaitu itu penting…nawaitu yang betul akan mendapat keredhaanNYA..
I ALWAYS REMEMBER WHAT MY QUEEN HEART (MY MOM) N MY LOVER SAYS FOR ME..