Wednesday 24 October 2012

gembira di hati..



Am masuk bilik papa kejap, papa nak bincang sesuatu dengan am nie.ok pa, kejap lagi am datang bilik papa. Kenapa pa, macam hal serius jew papa nak bincang dengan am nie, macam nie papa nak am ikut kursus kat uk selama 8bulan, papa tak nak ada bantahan dari am dan apa-apa alasan am untuk tidak sertai kursus yang papa dah daftarkan nama am. Bulan depan am kena pergi dah semua persiapan papa dah uruskan kan penginapan dan keperluan am kat sana am xyah fikir cuma am kena ikut kursus tue selama 8bulan. Hahhh napa awal sangat am nak pergi pa, keje kat sini pa siapa yang akan handle, itu kamu tak perlu risau am pandailah papa uruskan nanti the most importan u must go to uk next month ok anak papa. Jangan kecewakan papa am, am la satu-satunya harapan papa. 

Kalau macam tue am setuju jew kalau tue yang papa ingin am lakukan. Terima kasih anak papa yang baik sambil menepuk bahu am.tapi pa, macam mana dengan qib kan am nak jadikan dia isteri am. Bila dah settle urusan kamu kat sana am, baru am fikir hal nie, tapi pa lau dalam masa 8bulan tue qib dimiliki orang lain macam mana pa..bentak hati am.suara hati am tak mampu keluar kerana ingin menjaga hati papa am.Walaupun berat hati di hati am dia terpaksa akur dengan keputusan papa am. Dua minggu sebelum am pergi uk, sekali lagi am mengetuk pintu hati qib untuk menjadikan qib sebagai isteri yang sah, namun jawapan yang am terima seperti dia atas pagar, qib tidak menyatakan setuju dan tidak menyatakan tidak bersetuju tetapi  seperti memberi harapan kepada am untuk menunggu dia.

Qib akan ku tunggu cintamu hadir untuk diriku ini. Walaupun aku tahu kau menunggu seseorang yang begitu lama telah menanti. 6 tahun qib setianya dirimu kepada insan itu. Bertuahnya lelaki itu. Apa yang patut am lakukannya hanyalah bersabar dan terus berdoa. Satu pesanan ringkas membungkas bisikan hatinya dengan gambar mereka berdua semasa bercuti di cameron highland bersama staff lain, tapi gambar ini cukup bermakna untuk am gambar itu hanya am dan qib dan senyuman qib yang begitu menawan membuat am tidak jemu melihat gambar itu.

Assalamualaikum cik, saya nak tanya  patient bernama cik nur aqibahtul ariani duk bilik mana? Waalaikumussalam encik, sebentar ya,  cik nur aqibahtul ariani bilik 410.terima kasih cik, dengan perasaan risau am menuju bilik qib, membuka pintu melihat qib yang tidak bermaya melihat am, seperti luruh hati am melihat redup mata qib melihat dan tersenyum dengan penuh sayu. Am dengan pantas bertanya apa yang jadi sebenarnya kenapa sampai qib boleh pengsan. Dengan lembut qib bertanya sakit biasa je nie encik amran biasalah badan saya antiboti tak kuat sangat nak lawan bila saya sakit. Doctor kata pa tadi?ira menjawab seperti tiada apa yang serius. Qib nie encik amran degil dah tau sakit nak jugak pergi keja tue yang sampai pengsan kat office. Semalam qib demam tapi xnak pergi klinik. Laa napa degil sangat qib kamu kena jaga kesihatan kamu nanti saya dah tak da kat sini sapa nak jaga kamu? Ira menatap wajah am dengan penuh tanda tanya dalam hati. Qib plak terkejut dengan kata-kata am kepadanya. Dalam hati qib am nak pergi mana napa kata macam tue disebabkan tak mampu bercakap hanya berkata di dalam hati dan melihat am seperti dia mengetahui am hendak pergi kemana.

Qib boss ko nak pergi mana tue. Risau sangat dia tentang ko. Dia baikla qib apa kata ko ngan dia..tak sempat ira meneruskan kata-kata itu qib berkata hanya fikri kat hati aku. Dahla ira jangan fikir yang bukan-bukan aq dan am tue kawan and sebagai pekerja dan majikan not more.  Ok2 janganlah nak mara qib aq cuma berkata jew. Doctor kata seminggu lagi ujian darah ko keluar, esok ko dah bole balik. Terima kasih ira sebab jaga aq. Lau ko tak da duk sorang-sorang la aq kat hospital nie. Bosan dah aq kat bilik nie dok baring jew sakit belakang aq. Sama qib kan kita kawan aq dah anggap ko macam akak aku sendiri dah kita dah lama kenal qib zamam study kat u aq dah mula start kenal ko dah brapa tahun berlalu tue.

Hrmm by the way aku nak sampaikan kat ko hujung tahun nie aq ngan tunang aku dah rancang akan kawin. Alhamdulillah aku tumpang gembira qib ko akan bergelar isteri orang tak lama lagi. Ma kasi qib cuma kadang aq berfikir boleh kew aq menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik untuk anak-anak aku kelak dan melayari bahtera dalam rumah tangga. insyaALLAH ira kau boleh hadapi semua tue.hahhhh yang ko bila plak takkan tak da plan yang lain sampai bila ira ko nak menunggu sampai bila ko akan setia begini sedangkan ko tak tau pun fikri tu kat mana sekarang entah hidup entah dah xda kat dunia nie. Qib menghela nafas yang panjang entahla ira sampai bila tapi aq yakin dengan hatiku walaupun dah bertahun lamanya. Xpela ira aq serahkan semua nie dengan yang maha esa. Hati siapa yang xnak melayari bahtera rumah tangga mana lagi umo kita nie kira dah lanjut sikit dah 28 tak kawin-kawin lagi. Akak aku kat kampong  tue dah bising dah bila nak bawa ipar akak balik kampong. Jawab aq tunggu jew la kak qib akan bunyi gak tue lau dah nak kawin sekarang nie jangan paksa qib.

Akak ko tau tau cerita sal ko nie. Tau ira akak la jadi saksi pertemuan aku dengan qib kali terakhir aku jumpa sebelum dia sambung study kat  Moscow. Oo macam tue. Xpela ira life must go on look forward jodoh pertemuan itu ALLAH tentukan pasti ada hikmah apa yang berlaku semua nie dengan ko. Iya ira hari-hari aku kuatkan diri untuk hadapi semua ini. Kadang air mata tue tak sedar jatuh jua bila kenang apa yang berlaku sebelum nie. Dah-dah jangan sedih ko tue masih tak sihat lagi. Tido lah jangan fikir yang lain bagi rest badan ngan fikiran ko. Doctor kata ko bole balik esok pagi. Jadi aku jemput ko erk. orait, dah tido dah lewat nie. Dah nak abis waktu melawat nie aku balik dulu ko tidur erk jangan fikir yang bua ko sakit. Aku balik dulu assalamualaikum. Lagu impian kasih dalam handfone qib mengejutkan qib dari lamunan. Qib menerima mesej dari am.

”assalamualaikum qib am nak kol qib sekarg nie bole”waalaikumussalam bole”. Tak sampai 15saat qib menerima panggilan dari pada  am. Assalamualaikum am rindu qib. Terkejut qib dengan kata am. Hahhhhhhh apa am cakap nie..am serius nie am rindu qib dah tiga hari am tak tengok qib sekadar gambar qib jew am tengok 3hari nie. Maaf qib xdapat nak jenguk qib banyak sangat keje yang am kena settle sebelum am pergi uk isnin depan. Hahhhh uk??napa qib tak tau am nak pergi uk. Sebab am baru bagi tau qib.heheh gelak kecil am. Nie dah ok dah bila bole keluar hospital doctor kata esok, ooo esok sapa jemput ira erk?? Aa’aa ira..hrmm lau am yang jemput boleh.ehhh xyahla am menyusahkan am jew kan am banyak keja lagipun ira dah janji nak jemput esok. Xpela nanti am kol ira yang am akan jemput qib esok boleh???hrmmm bolehla bolehla..am tnya ira lau ira boleh qib on jew la. 

Keesokan paginya am menjemput ira, tetapi mengejutkan ira bila seorang doctor yang menyapanya membuat qib terdiam seribu bahasa tanpa ada suara semua pertanyaan yang doctor berikan kepada qib hanya am yang menjawab. Dalam hati qib, astagfirullahalazim ya ALLAH adakah mimpi ketika ini yang aku alami, ya ALLAH betulkah apa yang aku lihat ketika ini, ya ALLAH apa yang sebenarnya engkau tunjukkan kepadaku pagi nie. Selepas doctor itu berlalu membuatkan qib menjadi bisu, am bertanya berkali-kali kepada qib hanya diam seribu bahasa. Napa nie qib sepatutnya kamu happy sebab dah keluar hospital, tapi nie muram semacam jew. Ehhh xde apala qib rasa pening jew tue yang tak banyak cakap. Ooo jangan lupa makan ubat tau, nanti am kat sana risau am lau qib sakit. 

Ehh napa plak nakk risaukan qib. Hrmmm qib lau kita tak balik umah qib dulu bole, am nak bawa qib kat satu tempat??..kejap jew tak lama..hrmmm bolehla kejap jew. Ok. Qib menjadi pelik rsanya dia pernah lalu jalan nie, dalam hati qib nie jalan pergi umah am. Napa plak na pergi sini. Sampai jew kat pintu pagar rumah, qib bertanya napa nak pergi rumah datuk,  laa papa mama tengah tunggu qib sebenarnya ehh datuk tak pergi office hari nie. Macam mana nak pergi lau tengah tunggu menantu dia datang suara kecil am sambil tunduk. Apa!!!!!!! Tak faham qib ulang sekali lagi?? Eee cik nur aqibatul ariani nie kan awak tengok jewla pa yang berlaku.

Dengan membuka pintu rumah , qib terkejut dengan suara happy birthday to you yang terdengar seluruh ruang tamu mendendangkan lagu happy birthday untuknya. Hahhh terkejut qib malu sangat ketika nie, tak sangka am akan buat macam nie kat dia. Mama am membawa kek kepada qib untuk meniup lilin yang ketika nie membuat hati qib tersentuh sehingga menitiskan air mata kegembiraan. Qib dengan mama am berpelukan dengan mengucapkan selamat hari lahir saying moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga kebahagiaan ada untuk kehidupan qib sambil mencium dahi qib. 

Am berseloroh am nak jugak peluk qib papa am menyakat tunggu kawinla am baru boleh peluk sabaq na tak lama lagi tue boleh la peluk. Mereka semua tertawa. Merah muka qib bila papa am kata macam tue. Am mengucapkan selamat hari lahir cik nuraqibatul ariani sambil memberi bungkusan yang entah apa yang ada kat dalam tue, am berpesan nanti sampai umah qib buka yew kat sini mula la. Ira mama dengan papa am ketawa mendengar am berkata macam tue kat qib. sebenarnya jauh di sudut hati qib bertanya kepada datuk datin begitu melayaninya bukan seperti pekerja tetapi melayaninya seakan-akan anak begitu mesra dan baik penuh dengan kasih sayang. namun dibiarkan seketika untuk ketika ini meraihkan hari kelahirannya.

am nie jahat tau tak bagi tau qib pun sal nie. laa am kan nak buat surprise tuk qib takkan nak bagi tau tue kot. tapi kan napa sambut kat umah am malu saya dengan datuk ngan datin. laa semua nie idea mama la. owwh yaka malu qib by the way terima kasih sangat sebab nie. laa sama-sama qib am akan buat orang yang am sayang sentiasa memberikan senyuman yang terindah disetiap waktu am masih bernafas. ingat tau bila am kat uk nanti jaga kesihatan. ok la esok jumpa kat office.assalamualaikum terima terima kasih am. waalaikumussalam kereta am meluncur di atas jalan raya di pandang qib sehingga kereta berwarna putih itu hilang dari pandangannya. sampai jew kat bilik qib menhempaskan badanya ke katil dengan nafas yang lega. 

alhamdullilah hari nie aku gembira sangat tapi...tiba-tiba teringat doktor yang menyapanya semasa kat hospital tadi. seiras muka """"" lau betulla itu yang aku lihat tadi..arghhhh mungkin itu hanya pelanduk dua serupa kot. dah la xnak aq fikir. yang aku kena fikir nie status aku dengan am dah. semakin hari ada jew dia buat aku rasa serasi selesa dan rasa selamat jew. ishhh nie tak boleh jadi nie xkan aq nak berpura-pura lagi macam tak da pa yang berlaku padahal dah dua kali dah am lamar aku tapi aku tak da respond sian am tapi hati aku ada fikri mustahil aku akan menerimanya. so aku kena bagi tau sebelum semua nie lebih jauh. sambil membuka hadiah dari pada am bila buka hadiah tue tiket pernerbangan ke turki  terkejut qib. ya ALLAH am nie betul la. aq terasa sedih gak sebenarnya am pergi kat uk 8bulan aq xkan jumpa. ada sedikit tercuit di hati tapi tidak sampai ke jantung aq kata qib sambil memegang tiker pernebangan tue.
















No comments:

Post a Comment